Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Sambal Sotong Kembang Favourite Ramai. Makan Dengan Nasi Lemak Lagi Sedap!
Ada tak penggemar sambal sotong kat sini? Mesti korang pernah dengar resepi sambal sotong kembang kan? Lauk ni antara lauk favourite ramai orang tau. Memang sedap sangat. Cara penyediaannya pun mudah. Korang kena follow resepinya disini. Masak sendiri kat rumah, lagi puas hati.
Sambal sotong kembang ni antara lauk yang sedap di makan dengan nasi lemak. Dan sudah tentu menjadi lauk pilihan ramai bila makan di warung-warung nasi lemak. So, apa kata hujung minggu ni kita buat sambal sotong untuk sarapan pagi. Confirm bertambah-tambah nasi dibuatnya!
Nak rebus sotong ni ada petuanya. Rebus sekejap je sotong yang dah di bersihkan. Bila air dah mendidih terus padam api. Biarkan seminit dua barulah toskan dan potong-potong. Hasilnya sotong akan lebih lembut dan tak liat bila di makan. Barulah layan masa makan nanti.
Resepi sambal sotong kembang ni telah di kongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Har Ryea. Ramai sangat yang share resepi ni. Tengok dari gambar pun dah nampak sedap. Patutlah ramai yang share dan like. Korang yang memang suka sambal sotong, wajib try!
Sambal sotong biasa dengan sambal sotong kembang ni berbeza sedikit dari segi penyediaannya. Yang mana sambal sotong biasa, boleh terus di masak sambal bersama sotong. Manakala sambal sotong kembang pula, perlu direbus sebelum dimasak dengan sambal.
RESEPI SAMBAL SOTONG KEMBANG
Cara penyediaan sambal sotong ni sangatlah mudah. Boleh juga di hidang dengan nasi putih biasa. So, tak nak buang masa lagi. Apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan memasak yang diperlukan dalam resepi sambal sotong kembang ni. Mesti korang dah tak sabar nak masak kan.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 3 ekor sotong dibersihkan (Rebus sekejap. Bila air dah mndidih terus padam api. Biarkan seminit dua lepastu toskan & potong-potong)
- 6 -7 sdb cili kering kisar (rebus dulu)
- 2-3 sdb bawang besar kisar
- 1 sdb bawang putih kisar
- 1 sdb halia kisar
- 1-2 biji bawang besar hiris kasar
- Seketul kecik gula melaka
- 1 sdk pes asam jawa Adabi
- Garam & ajinomoto
- Sedikit gula pasir
- Semangkuk kecil kacang tanah (goreng & kisar sedikit kasar)
CARA PENYEDIAAN SAMBAL SOTONG KEMBANG :
▶️ Panaskan minyak, goreng bawang besar yang dihiris kasar dan goreng sampai sedikit garing.
▶️ Masukkan bahan-bahan kisar iaitu bawang besar, bawang putih & halia. Ratakan sekejap.
▶️ Masukkan cili kering, kisar dan gaul rata.
▶️ Masukkan jugak gula melaka dan terus tumis.
▶️ Masukkan pula garam, ajinomoto, gula pasir dan sedikit pes asam jawa. Gaulkan rata & biarkan hingga naik minyak.
▶️ Boleh masukkan sotong. Gaul rata dan masukkan juga kacang tanah goreng yang dah dikisar kasar tadi.
▶️ Masukkan sedikit air dan gaul lagi. Boleh tambah kacang tanah jika suka.
▶️ Terus masak hingga sambal naik minyak & wangi. Kena selalu kacau supaya sambal tak hangit.
▶️ Siap untuk dihidang!
BACA JUGA : Cara Buat Jus Atau Smoothie Nenas Tambah Labu Siam Paling Sedap. Minuman Sihat Yang Wajib Try!
Mudah je kan! Tahap kepedasan sambal sotong ni korang boleh adjust ikut suka ye. Kalau nak lagi pedas, korang boleh guna cili kering yang lebih kerinting. Lagi kerinting tekstur cili tu, bermaksud lagi pedas rasanya. Mesti korang pun tahu tips ni kan.
Untuk pengetahuan, Cik Puan Har Ryea ni memang gemar berkongsi resepi masakan di Facebook. Semua resepi-resepi yang beliau kongsikan nampak menarik dan sedap-sedap belaka. Korang boleh ushaa dan cuba yang mana korang berkenan nanti.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada beliau kerana sudi berkongsi resepi sambal sotong kembang ini di Facebook. Bolehlah korang masak untuk tetamu raya haji nanti. Confirm open house tak putus-putus. Semoga resepi ni bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!