Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Rahsia Masak Bihun Goreng Tomyam Sedap Dan Terangkat! Resepi Mudah Dan Simple Jer!
Bagi yang gemar makan makanan Thailand, tak boleh nak lari dari tekak tomyam. Kalau oder di kedai, sudah pasti tomyam menjadi pilihan utama. Tapi bila tiba tak rasa nak makan makanan berat seeprti nasi, tukarkan pula kepada bihun.
Bihun goreng tomyam tak semua kedai Thai ada, dan tak semua kedai pandai buat. Ada masa terkurang rasa, ada masa terkurang bintanag, ada masa terlebih masin dan rencah. Bila tak biasa buat, rasa jadi serba tak kena.
Sebab tu bila nak oder bihun goreng tomyam di kedai, sedikit risau. Takut tak kena dengan selera. Jadi, untuk hilangkan rasa takut tu, kita belajar lah buat sendiri dari dapur kita sahaja. Tak perlu lagi oder di kedai macam biasa.
Bukan sahaja kita yang suka, tapi satu rumah oder bihun goreng tomyam yang sama. Bahan-bahan mudah nak dapat, jom saya share perkongsian buat bihun goreng tomyam daripada Cik Puan kita ni.
RESEPI BIHUN GORENG TOMYAM
Bahan-bahan yang digunakan adalah :
- Sebungkus bihun.
- 5 biji bawang merah (cincang)
- 5 ulas bawang putih (cincang)
- 3 batang serai (dititik)
- Udang geragau segenggam – cuci bersih dan rendam seketika
- Udang segar / sotong dan juga isi ayam ( jika suka)
- 2 sudu pes thai tom yam
- Lobak merah-dihiris
- Sayur sawi
- Tomato ( belah 6 )
CARA PENYEDIAAN BIHUN GORENG TOMYAM :
▶ Mula-mula rendam bihun dengan air biasa. Biarkan lebih kurang selama 10 hingga 15 minit.
▶ Kemudian, panaskan kuali. Tumis bawang merah, bawang putih dan juga serai sehingga wangi.
▶ Seterusnya, masukkan udang geragau tadi. Kacau seketika sehingga naik bau. Waktu ni bau memang sedap!
▶ Kemudian, masukkan pes tomyam. Nak guna jenama apa pun boleh janji pes tomyam segera.
▶ Kacau segera, masukkan udang segar, sotong dan juga lobak merah yang dihiris nipis.
▶ Jika ada ayam, masukkan terlebih dahulu dan masak seketika ye.
▶ Kacau semua bahan sekata dan jangan lupa perasakan dengan garam dan serbuk cukup rasa.
▶ Bila rasa dah okay, masukkan batang sawi, air dalam 1-2 cawan dan juga daun limau purut.
BACA JUGA: Cara Buat Nasi Ayam Penyet Yang Sedap Dan Marvellous! Resepi Ringkas Dengan Sambal Padu!
▶ Kacau sekata supaya semua bahan larut sebati.
▶ Masukkan bihun dan tutup periuk supaya bihun kita lembut sekata
▶ Bila bihun dah betul-betul lembut, masukkan daun sawi dan tomato kacau agar bihun sekata dengan bahan rencah kita tadi.
▶ Dah siap boleh angkat.
Boleh gorengkan telur, dan hiris nipis memanjang. Tabur ke atas bihun goren kita sebelum dihidangkan, tabur bawang goreng dan daun sup serta daun bawang. Siap dan sedia untuk dihidangkan!
Fuuh! Dapat makan bihun goreng tomyam ni panas-panas memang sedap dan terangkat! Jika suka pedas boleh masukkan cili padi ketika proses menumis. Ada yang suka banyak bahan -bahan ketika makan. Jadi boleh juga masukkan fish cake serta fish ball supaya mewah!
Untuk yang baru nak belajar buat bihun goreng tomyam ni, follow je resepi ni dari awal sampai akhir. InsyaAllah korang akan dapat rasa bihun goreng tomyam yang terbaik dan lazat!
Buat untuk makan malam, dan hidangkan bersama telur mata kerbau seorang satu. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera!