Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Sambal Berlado Original Dari Indonesia. Sekali Buat Tapi Banyak Kegunaannya!

0 11,949

Sesetengah orang wajib ada sambal berlado dalam setiap hidangan. Tak kira lah makan dengan apa pun, baik nasi putih, nasi goreng, mee goreng pun nak makan dengan sambal berlado macam ni.

Paling best bila makan dengan nasi panas-panas, kemudian goreng ayam, buat macam ayam penyet tu. Makan dengan sambal berlado ni memang boleh buat kita menambah lah jawabnya.

Perkongsian daripada Cik Puan Mazliana Mazlan ni asalnya dikongsikan oleh adiknya. Di mana adiknya tanyakan kepada sahabatnya dari Indonesia. Lepas dah dapat resepi ni, Puan Mazliana kita ni tak pernah dah cuba resepi sambal lain.

Nak makan sambal berlado macam ni, kena pandai cari yang kena dengan tekak kita. Kalau tak sedap dengan tekak boleh memberi kesan kepada kita punya makanan tu tau.

Saya nak sharekan resepi yang beliau kongsikan dekat perkongsian kali ni. Mudah jadinya bila kita tahu buat sambal macam ni. Nak buat apa-apa pun mudah nak guna. Buat banyak siap-siap dan jadikan stok.

 

RESEPI SAMBAL BERLADO

Pastikan follow je step by step yang saya kongsikan ni. Jika nak buat lebih banyak, boleh extrakan lagi bilangan dan kuantiti bahan yang saya kongsikan ni ya.

Bahan-bahan yang digunakan adalah :
  • 1 biji bawang besar
  • 1 biji tomato
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 biji cili merah
  • 3 genggam cili padi ( campurkan merah dan hijau ikut tahap pedas masing-masing )
  • 2 inci belacan
  • 2 sudu besar gula
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

CARA PENYEDIAAN SAMBAL BERLADO :

▶ Mula-mula sekali, kisar semua bahan dengan sedikit sahaja air. Kalau nak tumbuk lebih bagus. Tapi jika kurang rajin, blendkan sahaja Kisar dengan air yang sedikit.

▶ Kisar sehingga hancur kasar. Jangan terlalu lumat ye. Biar nampak serdak-serdak cili tu.

▶ Panaskan minyak, dan masukkan bahan kisar tadi. Masak sampai betul-betul kering untuk tahan lama.

BACA JUGA: Cara Buat Bebola Bergedil Ayam Ala-Ala Tauhu Bergedil. Sedap Makan Macam Tu Je!

▶ Bila dah pecah minyak, masukkan gula, pakai gula merah adalah sebaiknya. Dan juga sedikit garam

▶ Kacau dan masak sampai betul-betul masak.

▶ Rasa semua dah okay, boleh padamkan api.

▶ Siap dan sedia untuk dihidangkan!

Dah siap, sejukkan seketika sebelum disimpan ke dalam peti ais. Simpankan di tempat biasa sahaja. Tak perlu di tempat sejuk beku pun. Boleh tahan selama 2 minggu tau!

Bila sambal dah ada memang mudah jadi kerja tau. Bila datang modd tak rajin masak, hanya perlu gorengkan ikan atau goreng ayam. Gaulkan dengan sambal ni dalam 2-3 senduk. Dah jadi ayam goreng sambal berlado. Makan dengan nasi panas.

Senang kan jadinya. Cubalah nanti buat dan kongsikan di wall facebook. Semoga perkongsian kali ni memberikan manfaat kepada korang semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open