Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Rendang Daging Nogori Yang Sedap Giler. Teksturnya Kering Dan Rasanya Memang Padu!

0 1,720

Ada yang suka makan rendang daging kering dan pedas? Jom kita cuba resepi rendang daging nogori yang sedap giler ni. Boleh terbayang-bayang dibuatnya! Sekali cuba, raya tahun depan confirm nak buat lagi!

Musim PKP ni tentulah kita tak dapat beraya ke rumah sanak saudara. Sebelah rumah pun kita takut nak pegi, ni kan lagi nak rentas negeri. Resepi ini asalnya dari air tangan orang negeri sembilan. Yang dah cuba mesti tahu sejauh mana keenakannya.

Masak rendang daging ini boleh dipelbagaikan. Senang kata lain negeri, lain cara masaknya. Ada yang kering, ada juga yang basah. Warnanya pun berbeza ada rendang berwarna kuning, merah, dan ada juga berwarna hijau.

Seperti yang kita tahu, masakan yang asalnya dari negeri sembilan rata-rata mempunyai rasa yang pedas. Begitu juga dengan rendang daging nogori ini. Segenggam cili api kampung diperlukan. Memang pedas lah kan!

Tapi kalau tak tahan pedas boleh olah sedikit resepi ini dengan mengurangkan penggunaan cili api. Sedap memang sedap, tapi boleh berasap juga kalau makan pedas-pedas ni. Jom kita follow resepi yang dikongsikan oleh Cik Puan Shida Ambok.

 

RESEPI RENDANG DAGING NOGORI

Terima kasih diucapkan kepada beliau kerana sudi berkongsi resepi daging rendang nogori ini di Facebook. Dapat juga penggemarnya mencuba dirumah masing-masing. Jom masak! Raya kan sebulan!

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 1kg daging
  • 500g santan asli
  • 4 batang serai
  • Segenggam cili api kampung
  • 5 inci lengkuas
  • 2 inci kunyit
  • 1 peket kerisik
  • 2 keping asam keping
  • Garam secukup rasa.

CARA PENYEDIAAN RENDANG DAGING NOGORI :

▶️ Rebus daging yang telah dipotong dadu sebesar ibu jari sampai airnya kering. Air tu biarlah menutupi paras daging tu ye.

▶️ Blend cili api, kunyit, serai dan lengkuas. Kemudian, cebur pada daging tadi.

▶️ Setelah sedikit kering, barulah masukkan santan. Nak guna santan kara pun boleh. Sepatutnya kena guna santan asli tau.

▶️ Kacau sehingga daging dan santan kering barulah masukkan kerisik.

▶️ Proses pengeringan ini ambil masa juga ye. Jangan lupa tambah garam dan secukup rasa.

▶️ Sebolehnya bila masukkan kerisik tu kena selalau kacau. Kacau hingga ia betul-betul kering.

▶️ Bila nampak semua dah kering. Matikan api dan siap untuk dihidang!

 

BACA JUGA: Resepi Ayaq Asam Manggis Yang Simple Dan Padu. Confirm Terliurlah Dibuatnya!

 

Sebab raya tak dapat beraya kerumah sedara kat negeri sembilan, kita buat je menu ni  dirumah masing-masing. Lunas juga craving nak makan rendang daging nogori. Memang terangkatlah rasanya. Tak dapat makan dengan lemang, nasi putih pun sedap.

Daging ini boleh dimakan ratah macam tu je tanpa lemang, ketupat dan nasi. Confirm repeat dibuatnya! Tak cukup sepinggan. Kalau nak buat, tak boleh buat sikit. Buat banyak terus. Rendang kering ni lebih tahan.

Tak habis pun boleh simpan dalam peti. Nak makan nanti panaskan je. Takkan menyesal pun nak buat banyak. Yang menyesalnya bila buat sikit. Semoga resepi rendang daging nogori ni bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open