Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Wadai Kipeng Simple Untuk Minum Petang. Menu Sedap Orang Banjar Yang Anda Kena Cuba!

0 205

Kali ini kita akan ikuti satu perkongsian resepi wadai kipeng yang simple untuk menu minum petang. Wadai kipeng merupakan hidangan pencuci mulut yang sangat popular dikalangan masyarakat banjar.

Menu ini sangat simple tapi sedapnya tak terkata. Menggunakan tepung pulut sebagai bahan utama untuk membuat adunan wadai kipeng dan direbus sehingga masak. Wadai juga akan dimasak sekali lagi dengan kuah santan yang rasanya lemak manis.

Kuih ini akan dibentuk bulat menggunakan tangan dan ditekan dibahagian tengah. Teksturnya pula akan kenyal bila dimasak. Kuah fadai kipeng ini boleh dimasak dengan gula merah dan juga gula putih. Kedua-duanya mempunyai rasa enak tersendiri.

Wadai membawa maksud ‘kuih’. Manakala kipeng pula membawa maksud ‘benda yang ditekan’. Boleh dihidang sejuk dan boleh juga dihidang panas-panas. Kuih ini sekan kuih puteri mandi, kerana cara penyediaanya hampir sama.

Resepi wadai kipeng ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna facebook iaitu Cik Puan Janna Hanie. Mungkin dengan perkongsian ini, dapat lagi memperkenalkan menu ringkas dari masyarakat banjar kepada orang ramai.

 

RESEPI WADAI KIPENG

Terima kasih diucapkan kepada beliau kerana sudi berkongsi resepi ini di Facebook. Selain dipanggil sebagai wadai kipeng, kuih ini juga dikenali sebagai kawai kepeng. Ikut tempat masing-masing. Lain nama je, resepinya tetap sama.

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 500g Tepung beras pulut
  • Air
  • 1 sdt garam

 

Bahan untuk kuah wadai kipeng :
  • 1 kotak/ 1biji santan kelapa
  • 1 cawan gula merah (dibancuh dengan air dan ditapis)
  • 4 sdm gula perang
  • 2 helai daun pandan
  • 1 sdt garam
  • 3-4 ulas durian (optional)
  • Air secukupnya

CARA PENYEDIAAN WADAI KIPENG :
Cara penyediaan adunan wadai kipeng :

▶️ Satukan tepung pulut dan garam. Masukkan air sedikit demi sedikit.

▶️ Kemudian, uli tepung sampai jadi doh dan tak melekat pada tangan. Pastikan jangan terlalu lembik.

▶️ Gentelkan doh sebesar guli, kemudian tekan dengan jari bahagian tengah bagi leper.

▶️ Panaskan air dalam periuk, bila dah mendidih masukkan doh yang dibentuk tadi sehingga masak.

▶️ Bila doh tu dah masak dia akan timbul sama macam buat kuih buah melaka. Toskan.

Cara penyediaan kuah wadai kipeng :

▶️ Satukan gula merah, gula perang, daun pandan, garam, durian dan air. Air jangan terlalu banyak nanti kuah cair.

▶️ Kalau tak cukup baru tambahlah tambah sedikit lagi air.  Masak sampai mendidih.

▶️ Bila dah mendidih, masukkan doh yang dah masak tadi beserta santan.

▶️ Didihkan sampai masak, jangan pecah minyak pula, kena kacau sekali sekala. Jika kurang manis boleh tambah gula perang. Nak masukkan sagu pun boleh.

 

BACA JUGA: Resepi Rendang Daging Nogori Yang Sedap Giler. Teksturnya Kering Dan Rasanya Memang Padu!

 

Dah siap untuk dihidang! Makan panas-panas pun sedap juga! Kuih ini boleh dicampur dengan isi durian ye. Sementara durian tengah bermusim ni, bolehlah cuba resepi ni dirumah masing-masing.

Di zaman datuk nenek kita dulu, wadai kepeng ini akan dimakan selepas selesai menanam padi atau selepas selesainya majlis kesyukuran dan doa selamat. Lebih kurang dikategorikan sebagai pencuci mulut atau manisan.

Kuih ini harus diperkenalkan pada anak-anak, supaya kuih tradisional seperti ini tidak akan dilupakan dari zaman ke zaman. Semoga resepi wadai kipeng ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open