Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Nyonya Kari Ayam Kapitan. Masakan Baba Nyonya Yang Menambat Selera Dan Sungguh Unik Rasanya!
Resepi Nyonya kari ayam kapitan merupakan antara salah satu masakan peranakan yang tersohor. Dikatakan masakan kari kapitan ini ‘fusion’ iaitu menggabungkan bahan-bahan tertentu dalam masakan. Rasanya juga unik dan menambat selera.
Resepi ini juga terkenal di Penang dan Melaka dalam kaum Baba Nyonya. Kari kapitan merupakan kari Malaysia yang menggabungkan budaya masakan Melayu, Cina dan India. Hidangan ini unik kerana adanya penggunaan pelbagai ramuan dan rempah yang digunakan oleh orang Melayu dan juga Cina.
Kari kapitan merupakan masakan kari Malaysia yang tidak pedas dan sangat sesuai untuk sesiapa sahaja yang tidak tahan pada pedas kari. Resepi ini juga sesuai dimakan bersama nasi panas dan boleh juga dicicah dengan lempeng ataupun roti.
Bahan-bahan yang digunakan agak lebih kurang sama dengan rendang tetapi yang menariknya adalah penggunaan daun limau purut dalam bahan kisar. Tekstur ayam juga lebih garing berbanding kari ayam biasa, kerana ayam akan digoreng terlebih dahulu sebelum dimasak bersama bahan lain.
Resepi Nyonya kari ayam kapitam ini telah dikongsikan oleh Cik Puan Liza Idris melalui laman facebooknya. Nampak cukup menyelerakan dari gambar perkongsian beliau. Mesti ada yang tak sabar nak mencubanya dirumahkan. Sekali cuba, pasti nak lagi!
RESEPI NYONYA KARI AYAM KAPITAN
Masak kari juga boleh dipelbagaikan seperti kari Melayu, kari Mamak dan India juga kari Cina. Masing-masing mempunyai keenakannya yang tersendiri. Jom kita lihat bahan-bahan memasak yang diperlukan dalam resepi Nyonya kari ayam kapitan ini.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 1/2 ekor ayam (dipotong kecil)
Bahan dikisar :
- 1 biji bawang besar
- 5 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 1 inci lengkuas
- 3 batang serai
- 6 helai daun limau purut
- 2 tangkai daun dan akar ketumbar
*Potong halus dan kisar semuanya.
CARA PENYEDIAAN NYONYA KARI AYAM KAPITAN :
▶️ Panaskan minyak, gaul ayam dengan garam dan kunyit. Kemudian goreng ayam sampai masak. Angkat dan ketepikan dulu.
▶️ Panaskan minyak lain, masukkan bahan kisar. Tumis sampai naik bau.
▶️ Masukkan pula cili kisar 3 atau 4 sudu besar. Tumis sampai pecah minyak.
▶️ Seterusnya, masukkan ayam goreng tadi. Kacau sebati.
▶️ Letak air asam jawa anggaran 2 ke 3 sudu. Kacau lagi.
▶️ Masuk suku kotak santan dan 1 cawan air. Ratakan masakan.
▶️ Perasakan dengan 1 sudu gula juga garam secukup rasa. Kacau lagi hingga kuah jadi pekat.
▶️ Tabur daun bawang dan dan ketumbar. Siap!
BACA JUGA: Resepi Sandwich Telur Atau Egg Mayo Sandwich Homemade. Lebih Enak, Lebih Mudah Dan Lebih Mengenyangkan!
Siap untuk dihidang! Tunggu apa lagi senduklah nasi. Kena makan masa panas-panas ni, confirm bertambah-tambah nasi dibuatnya. Rupanya mudah je nak masak Nyonya kari ayam kapitam ni. Nak Makan dengan roti pun sedap!
Aroma masakannya cukup wangi bila menggunakan daun limau purut dalam bahan kisar. Untuk pengetahuan, masakan Nyonya juga adalah hasil pengabungan ramuan Cina dengan pelbagai rempah dan teknik memasak yang digunakan oleh masyarakat Melayu dan Indonesia.
Lepas ni nak makan Nyonya kari ayam kapitan dah boleh buat secara homemade. Tak pergi Melaka dan Penang pun untuk mendapatkannya. Semoga resepi Nyonya kari ayam kapitan ini bermanfaat buat anda semua. Selamat mencuba!