Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Kuih Cara Berlauk Gunakan Daging Cincang. Buat Guna Loyang Pun Boleh!

0 1,590

Kalau dah selalu makan kuih cara gula, kali ni apa kata cuba buat kuih cara berlauk pulak. Intinya boleh terpulak kepada kita nak gunakan ayam atau daging.

Kebiasaannya, kuih cara berlauk ni akan gunakan daging. Tapi saya faham tak semua orang makan daging kan. Oleh itu, jika nak tukarkan kepada ayam pun boleh. Tidak ada masalah. Kita yang nak makan kan.

Perkongsian cara buat kuih cara ni, saya sharekan resepi daripada Cik Puan Dani ni. Beliau pun cuba follow resepi orang lain, namun yang saya kongsikan ni adalah hasil yang beliau sendiri buatkan ye.

Nak buat kuih cara berlauk ni, seolah-oalh ada dua kerja. Satu nak buat lauknya, satu nak kena buat adunan tepungnya. Tapi adunan ni, boleh je buat banyak-banyak dan simpan dalam peti ais. Nak buat bila-nila pun boleh. Keluarkan sahaja.

Kalau ada yang baru nak belajar buat kuih cara berlauk ni, boleh follow je resepi yang saya share ni. Satu lagi yang saya suka perkongsian dari Cik Puan Dani ni, memang lengkap setiap bahan yang digunakan dan Langkah-langkah nak buat sampai siap.

 

RESEPI KUIH CARA BERLAUK

Kalau korang kreatif bolehlah buat pelbagai warna. Boleh tarik minat dan perhatian anak-anak untuk makan kuih cara berlauk ni. Buat bentuk hati, gunakan acuan yang kita ada.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

BAHAN INTI :

  • 1 tiub daging kisar
  • 2 sudu besar rempah kari daging
  • 1 sudu besar rempah kurma
  • 1 biji bawang besar @ holland
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar minyak masak
  • Air

 

CARA PENYEDIAAN KUIH CARA BERLAUK :

▶ Potong dadu bawang holland dan juga bawang putih.

▶ Panaskan minyak dan tumis sampai kekuningan. Dah naik bau masukkan daging.

▶ Daging ni, ada orang lalukan dekat air dulu sebelum masukkan dalam kuali. Ada juga yang terus masukkan dalam kuali. Jadi terpulang kepada cara masing-masing ye.

▶ Kemudian masukkkan rempah kari daging dan juga rempah kurma. Tumis sampai pecah minyak. Buat beberapa kali masukkan sedikit air, dan tumis lagi dan lagi.

▶ Akhir sekali, masukkan 1 cawan air. Agak-agak tenggelam daging tu.

▶ Sederhanakan api, tutup kuali dengan penutup dia. Masak sampailah daging tu empuk.

▶ Bila daging dah empuk, tengok air dah hampir kering, perasakan pula dengan gula dan garam.

▶ Masak sampai air kering dan inti untuk kuih car akita betul-betul kering tau.

▶ Siap dan ketepikan.

 

Bahan inti dah ada, nak buat kuih cara sudah pasti kena ada adunannya. Nak buat warna apa terpulang kepada kita ye. Kebiasaannya warna kuning untuk yang berlauk dan yang hijau untuk bergula.

 

BAHAN TEPUNG :
  • 1 ¼ cawan tepung gandum
  • 2 cawan air
  • 1 sudu besar minyak sapi @ butter
  • 1 biji telur
  • Secubit garam
  • Sedikit pewarna kuning

 

CARA PENYEDIAAN BAHAN ADUNAN :

▶ Masukkan tepung dalam mangkuk sebatikan dulu denagan air.

▶ Bila dah larut, masukkan dalam blender. Kisar sampai halus dan bertukar warna kuning.

▶ Nak masak kuih cara berlauk ni, boleh gunakan acuan kuih cara ataupun boleh juga gunakan loyang.

▶ Untuk gunakan acuan, sapu acuan dengan minyak. Masukkan adunan ¾ pebuh sahaja. Kemudian letak inti dan bahan hiasan cili dan daun sup.

▶ Jika gunakan loyang, sapukan minyak pada loyang. Tuang adunan.  Tabur inti di atas adunan kuih dan taburkan dengan cili hidup serta daun sup.

▶ Bakar dalam oven dengan suhu 180’c sampai sedikit garing bahagian bawahnya.

Dah masak, siap dan sedia untuk dihidangkan!

BACA JUGA: Cara Buat Udang Masak Kam Heong. Serious Sedap, Makan Sampai Licin Pinggan!

Buat untuk hidangan minum petang ni, memang suka sangat lah mak dan ayah kita. Makanan tradisional macam ni jarang nak jumpa pada zaman sekarang ni. Jadi, selagi boleh kekalkan, kekal kan lah resepi warisan ni.

Makan kuih macam ni, memang sedap pekena dengan kopi o oanas atau teh o suam sambil santai-santai dekat tengah halaman kan. Sambil hirup udara petang-petang tu. Bolehlah hidangkan kuih cara berlauk ni.

Yang mana nak cuba buat, saya harap perkongsian buat cara berlauk ni dapat memabntu korang follow resepi yang menjadi. Selamat mencuba dan selamant menjamu selera!

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open