Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Sandwich Telur Atau Egg Mayo Sandwich Homemade. Lebih Enak, Lebih Mudah Dan Lebih Mengenyangkan!
Sandwich merupakan hidangan paling mudah dibuat untuk sarapan pagi dan minum petang. Lebih-lebih lagi sandwich telur atau juga dikenali sebagai egg mayo sandwich. Rasanya lebih enak, lebih mudah dan lebih mengenyangkan.
Sandwich juga boleh dijadikan bekalan anak-anak kesekolah. Ianya merupakan makanan yang cukup mengenyangkan disamping memenuhi zat yang baik untuk kesihatan tubuh badan kita.
Sandwich terdiri dari roti sebagai sumber karbohidrat, telur atau lain-lain sebagai sumber protein dan sayuran salad sebagai sumber serat dan vitamin. Ramai juga peniaga menjualnya tidak kira digerai tepi jalan mahupun bakery.
Sandwich boleh dipelbagaikan intinya ikut citarasa masing-masing. Contohya sandwich tuna, sandwich telur, sandwich ayam, sandwich sardin dan macam-macam lagi. Anak-anak juga antara yang paling gemar dengan menu simple ini.
Resepi sandwich telur ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna facebook iaitu Cik Puan Zaky Mat Ali. Ala-ala sandwich bakery hasilnya. Beliau juga mengalu-alukan pada mereka yang ingin menggunakan resepi ini untuk berniaga. Semoga Ianya bermanfaat.
RESEPI SANDWICH TELUR
Sandwich juga antara menu simple yang mudah dibuat untuk ibu-ibu yang berkerja. Hanya perlu merebus telur dan dihancurkan dengan mayo serta diperasakan ikut cita rasa masing-masing.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- Roti
- Telur
- Salad
- Tomato (dihiris)
- Sosej (dihiris dan digoreng)
- Mayonis
- Sos cili
- Serbuk lada hitam
- Mentega
CARA PENYEDIAAN SANDWICH TELUR :
▶️ Satukan sosej yang telah digoreng, mayonis, sos dan serbuk lada hitam. Gaul rata.
▶️ Campurkan pula telur hancur dan mayonis. Kacau rata.
▶️ Sapu mentega pada roti.
▶️ Kemudian, letakkan telur hancur dan tomato. Tutup dengan kepingan kedua roti.
▶️ Kemudian, letakkan salad, sosej dan telur hancur pula untuk lapisan seterusnya.
▶️ Pin dengan pencungkil gigi untuk memudahkan anda menghiris bahagian tepi.
▶️ Potong segi tiga dan cabut pencungkil. Siap untuk dihidang!
BACA JUGA: Resepi Sotong Phat Phet Thai Yang Beraroma Dan Pedas. Rasa Nak Makan Setiap Hari Je!
Biasanya untuk dihidang, sandwich akan dipotong segi tiga atau segi empat. Begitu juga untuk dijual. Sandwich boleh dilapis dengan 2-3 keping roti dan setiap lapisannya boleh dipelbagaikan intinya ikut kesukaan masing-masing.
Sandwich juga boleh dibuat sesimple yang mungkin dengan hanya menggunaka telur rebus dan juga mayonis. Sandwich telur juga lebih dikenali sebagai ‘egg mayo sandwich’ dikedai bakery. Mungkin intinya berbeza sedikit dari resepi ini.
Tetapi bahan utamanya tetap sama iaitu menggunakan telur dan juga mayonis. Bahan tambahan lain terpulang pada setiap individu untuk mengubahsuainya. Semoga resepi sandwich telur ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!