Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Masak Rendang Kerang Simple Dan Sedap. Pasti Buat Anda Terliur!

0 6,148

Resepi rendang kerang biasanya dihidangkan bila tiba hari raya. Ianya menjadi hidangan yang disukai ramai terutama para penggemar makanan laut. Rendang kerang biasanya dimakan bersama ketupat, pulut kuning dan juga nasi putih.

Tapi, kini rendang kerang bukan sahaja di masak bila tiba hari raya. Ia menjadi hidangan yang sering kali dijual di warung atau kedai makan. Rendang kerang akan dijadikan lauk untuk makan bersama nasi lemak sebagai menu sarapan pagi.

Rendang kerang boleh dimasak kering dan juga basah. Kepada yang gemar dengan rendang kerang basah, cara memasaknya juga sama cuma anda tidak perlu memasak kuah rendang sehingga kering.

Resepi rendang kerang ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna facebook iaitu Cik Puan Liza Idris. Hasil perkongsian beliau difacebook banyak yang meninggalkan komen positif seperti ingin mencuba resepi ini.

Seperti yang kita ketahui, kerang mempunyai banyak khasiat buat tubuh badan kita. Antaranya ialah, mengatasi anemia, menjaga kesihatan jantung, membentuk dan merawat otot dan macam-macam lagi.

 

RESEPI RENDANG KERANG

Kerang juga boleh menambah darah dalam badan dan sesuai bagi ibu-ibu yang sedang hamil dan mengalami masalah kurang darah. Tanpa membuang masa lagi, jom kita follow cara penyediaanya.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan-bahan kisar :
  • 2 biji bawang besar
  • 2 batang serai
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci kunyit
  • 1 inci halia
  • 3 biji cili padi
  • 4 ulas bawang putih

Bahan-bahan lain :
  • Kerang yang telah dibersihkan
  • 3 sudu besar cili kering
  • 2 sudu besar rempah kari
  • 2 sudu besar kerisik
  • 500 gram isi kerang
  • 1/2 kotak santan
  • Asam keping
  • Daun kunyit

CARA PENYEDIAAN RENDANG KERANG :

▶️ Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga naik bau.

▶️ Masukkan cili kering, kacau dan biar sampai cili betul-betul masak dan pecah minyak.

▶️ Bancun rempah kari dengan sedikit air dan tuang dalam kuali. Kacau lagi.

▶️ Masukkan 2 sudu besar kerisik dan 2 keping asam. Teruskan kacau.

▶️ Kemudian masukkan kerang yang sudah dibersihkan.

▶️ Masukkan santan setengah kotak. Kalau ada daun limau purut masukkan dan kacau sehingga sebati.

▶️ Seterusnya, masukkan gula. Jika ada gula merah lagi sedap. Dan masukkan garam secukup rasa.

▶️ Terakhir sekali, hiris halus daun kunyit dan taburkan dalam kuali.

 

BACA JUGA: Cara Buat Lempeng Susu Yang Lembut Dan Sedap. Hidangan Minum Petang Bersama Keluarga Tersayang!

 

Siap untuk dihidang! Yang suka pada rendang pedas anda boleh tambah cili ikut tahap kepedasan yang anda inginkan. Mesti ramai yang nak mencuba resepi ini kan.

Raya dah nak dekat, walaupun tak boleh raya macam sebelum-sebelum ni tapi anda masih boleh membuat hidangan raya untuk seisi rumah. Bolehlah anda cuba resepi ini pula.

Semoga resepi rendang kerang ini bermanfaat kepada kita semua. Jangan sedih-sedih tak dapat raya tahun ni. Jom kita layan kesedihan dengan masak rendang kerang ni. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open