Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Masak Nasi Goreng Butter Ala Resepi Permaisuri Agong. Mudah Je, Yang Pastinya Memang Sedap!

0 3,137

Resepi viral baru-baru ini iaitu nasi goreng butter Permaisuri Agong yang dimasak oleh YAM Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Resepi ini telah menjadi viral dan menarik perhatian rakyat jelata. Ianya merupakan hidangan nasi goreng yang dimasak menggunakan butter.

Personaliti Tuanku Azizah yang mesra dan bersahaja memang amat disenangi rakyat. Sikap rajin memasak yang menjadi contoh semua rakyat jelata. Menurut Tuanku Azizah, resepi ini memag sering kali dimakan sejak kecil lagi.

Menerusi video yang dimuat naik oleh Tuanku Azizah, dapat kita lihat nasi goreng yang dimasak itu menggunakan mentega, cili hidup yang ditumbuk dengan garam kasar, telur hancur dan ditambah dengan lebihan ikan tenggiri. Ianya nampak cukup menyelerakan.

Kepada yang ingin mencuba resepi nasi goreng butter ala resepi Permaisuri Agong, anda boleh cuba ikuti resepi yang dikongsikan oleh Cik Puan Hana A Razak melalui facebooknya. Beliau mengubah sedikit bahan memasak iaitu menggunakan sayur dalam hidangan ini.

Selain menggunakan ikan tenggiri seperti resepi Permaisuri Agong, anda boleh menggunakan leftover seperti isi ayam, daging dan boleh juga dimasak kosong dengan menggunakan telur dan cili hidup sahaja.

 

RESEPI NASI GORENG ALA PERMAISURI AGONG

Tanpa membuang masa lagi, mari kita ikuti resepi nasi goreng ala Permaisuri Agong ini. Cukup mudah dan sudah pasti menyelerakan.

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 3 biji bawang merah (dihiris)
  • 2 biji bawang putih (dihiris)
  • 3 biji cili hidup (dikisar kasar)
  • 4 biji cili padi (dikisar kasar)
  • 3 biji telur
  • Sayuran
  • Secubit garam
  • Nasi sejuk

CARA PENYEDIAAN NASI GORENG ALA PERMAISURI AGONG :

▶️ Masukkan 2 sudu butter. Boleh juga letak planta, majerin atau minyak. Tapi ikut resepi Tuanku kena guna butter.

▶️ Kemudian tumis semua bawang yang telah dihiris. Nak kisar bawang dengan cili pun boleh.

▶️ Masukkan semua cili kisar yang dikisar separuh hancur. Gaul rata.

▶️ Tambah sikit air untuk bagi cili masak sampai pecah minyak.

▶️ Nampak cili dah pecah minyak, baru masukkan telur. Kacau sehingga telur masak. Jangan hancurkan telur, biarkan telur melebar besar.

▶️ Kemudian masukkan garam secukupnya.

▶️ Masukkan sayur kalau anda suka sayur. Resepi Tuanku tidak menggunakan sayur.

▶️ Seterusnya, masukkan nasi dan gaul rata semua bahan.

▶️ Biarkan sekejap atas kuali. Tutup api.

 

BACA JUGA: Resepi Masak Rendang Kerang Simple Dan Sedap. Pasti Buat Anda Terliur!

 

Siap untuk dihidang! Mudahkan. Hidangan ini bukan sahaja boleh dijadikan makan malam tapi boleh juga dijadikan menu sarapan pagi. Nak sebijik resepi Permaisuri Agong, anda wajib guna butter baru la bau aroma nasi goreng tu buat anda terangkat.

Begitu juga penggunaan cili hidup dalam hidangan ini, kalau tak nak tumbuk boleh kisar tapi jangan kisar halus. Cuma perlu kisar kasar sahaja. Makan panas-panas nasi goreng ni mau tak bertambah berpinggan-pinggan.

Kalau dah bosan dengan resepi nasi goreng yang biasa anda buat, boleh cuba resepi nasi goreng butter ala Permaisuri Agong ini. Confirm nak lagi! Semoga resepi ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open