Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Cakoi Dan Kaya Pandan Yang Mudah Dan Sedap. Gebu Elok Je Teksturnya!
Cakoi merupakan masakan masyarakat China yang sangat popular di kalangan rakyat Malaysia. Disebabkan cakoi mudah dibuat, apa kata kita cuba resepi cakoi dan kaya pandan untuk hidangan minum petang kita hari ni.
Selain dijadikan juadah minum petang, cakoi juga boleh dihidang waktu pagi. Ianya dihasilkan daripada adunan tepung yang dijadikan doh dan digoreng memanjang. Teksturnya juga sangat gebu dan garing diluar.
Selain menggunakan kaya pandan, cakoi juga boleh dihidang dengan kaya biasa dan juga sapuan marjerin. Sedap sangat dihidang panas-panas. Ramai juga peniaga kecil yang menjualnya dipasar malam dan digerai-gerai kecil tepi jalan.
Biasanya, kuih ini dijual dengan kuih pau kacang merah, donat dan lain-lain jenis kuih goreng. Cakoi juga pasti menjadi kesukaan anak-anak dan sudah pasti ianya merupakan hidangan yang cukup mengenyangkan.
Resepi cakoi dan kaya pandan ini telah dikongsikan oleh Cik Puan Sha Roziah Al Yahya. Yang mana resepi ini bukan sahaja perkongsian cara penyediaan cakoi, tapi juga disertakan dengan resepi kaya pandan yang cukup enak. Boleh sapu kat roti sekali.
RESEPI CAKOI DAN KAYA PANDAN
Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan. Pastikan ikut resepi ni step by step barulah tekstur cakoi yang dihasilkan nampak lebih gebu dan lembut didalam. Jom masak!
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 250 gm tepung gandum
- 140 ml air + 1 biji telur
- 1/2 paket yis
- 1 sudu teh baking powder
- 2 sudu besar gula
- 1 1/2 sudu besar minyak masak
- 1/2 sudu teh garam
Bahan untuk kaya pandan :
- 1 1/2 sudu makan tepung kastard
- 1 cawan susu segar (guna santan pun boleh)
- 3 sudu makan susu pekat manis (boleh digantikan dengan gula)
- Sedikit pes pandan (boleh digantikan dengan air daun pandan)
CARA PENYEDIAAN CAKOI DAN KAYA PANDAN :
Cara penyediaan cakoi :
▶️ Satukan tepung, yis, baking powder, minyak, gula dan garam ke dalam bekas besar. Gaul hingga jadi sebati semuanya.
▶️ Masukkan air sedikit demi sedikit ke dalam bekas tepung. Uli adunan sehingga tidak melekat pada tangan dan menjadi doh. Uli lama untuk mendapatkan kuih yang lembut.
▶️ Canai doh secara memanjang. Tebal lebih kurang 1 cm, kemudian potong kecil-kecil secara melintang.
▶️ Letakkan air di bahagian tengah doh yang telah dipotong kecil dan lapik dua.
▶️ Perap doh tadi hingga naik 2 kali ganda dari saiz asal.
▶️ Untuk menggoreng tarik doh memanjang dan terus goreng dengan api sederhana kecil.
▶️ Bila cakoi sudah garing dan keperangan angkat dan toskan minyaknya.
Cara penyediaan kaya pandan :
▶️ Masuk semua bahan ke dalam periuk dan masak guna api sederhana. Sentiasa kacau hingga sedikit pekat. Angkat dan sejukkan.
▶️ Sedia dihidang bersama kuih cakoi.
BACA JUGA: Resepi Sup Telur Pecah Yang Simple Dan Sedap. Menu Yang Pastinya Menjadi Kesukaan Anak-Anak!
Kaya pandan juga mudah dibuat. Anda boleh hasilkan dengan mudah dirumah. Buat banyak pun takpe, bolehlah sapu dengan roti putih gardenia nanti. Mungkin Ada juga antara kita yang suka menghidang cakoi dengan kuah kari. Sedap juga rasanya!
Kuih cakoi sangat mudah dibuat daripada kuih donat. Saiznya pula boleh dibuat besar dan kecil. Di sabah, cakoi akan dibuat dalam saiz yang sedikit besar, yang mana ianya akan dibelah dua selepas digoreng, dan di curahkan sos kaya bercampur mentega.
Lepas ni kalau nak makan kuih cakoi, Bolehlah rujuk resepi ni. Masak kat rumah lagi puas hati. Semoga resepi cakoi dan kaya pandan ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!