Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Labu Air Masak Sayur Belacan Yang Simple Dan Sedap. Makan Dengan Budu Lagi Sedap!

0 218

Malam ni tak tahu nak masak apa. Ada labu air je kat dalam peti. Dah bosan pulak nak masak tumis je. Tiba terfikir nak try resepi labu air masak sayur belacan yang aku jumpa baru ni. Makan macam tu dengan nasi putih dan ikan goreng pun dah cukup.

Aku pernah try sayur labu air ni. Tapi di campur dengan budu. Fuh! Memang sedap ye. Walaupun aku bukan sorang penggemar budu. Tapi bila budu di campur dalam kuah sayur labu ni. Memang aku boleh accept! Sedap dia lain macam.

Sayur labu air yang aku kata sedap tu tak guna belacan. Tapi letak budu dan lada hitam. So, bila makan tu rasa panas-panas kat perut. Sesuai sangat jadikan lauk bila cuaca tengah hujan atau sejuk-sejuk. Orang sakit makan pun berselera.

Biasanya sayur labu air ni dihidang berasingan dengan sambal belacan. Tapi, kali ni kita nak masuk belacan dalam sayur tu terus. Ha, agak-agak macam mana rasa dia? Jom follow resepi dari Cik Puan Ninie Zaini ni. Kot ngam dengan tekak, boleh la buat lagi.

Aku jenis suka makan sayur yang di masak air macam ni banding tumis. Sebab tak suka makan nasi kering je tanpa kuah. Resepi ni aku tengok guna tomato. Mesti rasanya sedikit masam banding sayur labu yang biasa aku makan sebelum ni.

 

RESEPI LABU AIR MASAK BELACAN

Tak nak buang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaan labu air masak belacan ni. Bahan-bahan dan stepnya seperti di bawah.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :  
  • 2 bji bawang merah*
  • Ikan bilis sikit*
  • Sebiji cabai besar*
  • 5-6 biji cabai kampung*
  • 2 biji bawang putih*
  • Sedikit belacan*
  • Seekor isi ikan
  • Sedikit daun kesum
  • Sebiji tomato
  • Sebiji sayur labu air (dipotong halus)
  • Air untuk dijadikan kuah

CARA PENYEDIAAN LABU AIR MASAK BELACAN : 

▶️ Mula-mula tumbuk bahan yang bertambah * dan ketepikan.

▶️ Didihkan air dan masukkan bahan tumbuk, labu air, tomato, isi ikan dengan daun kesum. Didihkan sekali lagi.

▶️ Masukkan garam dan perasa. Siap!

 

BACA JUGA : Cara Mudah Buat Kopok Lekor Homemade. Boleh Makan Rebus Dan Goreng, Memang Sedap!

 

Tomato tu korang tak nak letak pun boleh. Yang suka masam manis, korang letak je tomato untuk perfect kan rasa. Sayur ni kalau makan macam tu tanpa lauk lain pun dah sedap ye. Sebab ikan pun dah ada rasa dalam tu.

Labu air memang best buat sayur. Lembut je bila masuk kat mulut. Resepinya pun semudah ABC! Tak renyah nak masak dan duduk dapur lama-lama. Masuk semua je bahan dan didihkan. Jimat masa dan tenaga masak sayur ni.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Ninie Zaini kerana sudi berkongsi resepi labu air masak sayur belacan ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open