Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Cara Mudah Buat Kopok Lekor Homemade. Boleh Makan Rebus Dan Goreng, Memang Sedap!
Ada tak kat sini penggemar kopok lekor? Ha, ni dia resepi kopok lekor homemade yang korang kena cuba. Resepinya sangat la mudah. Kalau nak makan kopok lekor fresh, baik buat sendiri kat rumah. Takde la rasa gatal kat lidah nanti.
Rupanya nak buat kopok lekor takde la susah mana pun. Dan tak perlukan banyak bahan. Sekali buat confirm korang teruja. Sebab kopok lekor ni kan jarang orang buat sendiri. Biasa beli kat kedai je. Tapi lain orang yang buat, lain la rasanya.
Kadang-kadang rasa sakit hati beli kopok lekor kat luar. Ada yang rasa tepung je lebih dari ikan. Kalau kita buat sendiri ni semua benda kita boleh adjust. Kebersihan pun terjamin. Kopok lekor ni korang nak makan goreng atau rebus pun boleh ye.
Ni dia resepi kopok lekor homemade by Cik Puan Arfiza Farzira Abu Hasan. Ramai tau yang share resepi ni. Tak perlu guna banyak bahan. Hanya perlukan ikan, tepung dan sedikit bahan perasa sahaja. Hasil lekor yang dibuat pun garing di luar dan lembut di dalam bila digoreng nanti.
Seperti yang kita tahu, kopok lekor yang paling famous adalah kopok lekor Terengganu. Untung korang yang ada kenalan orang Terengganu ni. Bila-bila nak makan kopok lekor asli Terengganu, tinggal order je. Terus boleh sampai rumah.
RESEPI KOPOK LEKOR HOMEMADE
Bahan-bahan yang diperlukan :
- 5 ekor ikan (diblender isinya)
- 1 cawan tepung ubi
- 1/2 cawan tepung gandum
- Garam sedikit
CARA PENYEDIAAN KOPOK LEKOR TERENGGANU :
▶️ Mula-mula, campur isi ikan dengan tepung ubi, tepung gandung dan garam.
▶️ Uli sampai jadi doh macam ni.
▶️ Bentukkan adunan ikut citarasa masing-masing.
▶️ Rebus sampai dah timbul. Lepastu angkat dan toskan.
▶️ Potong lekor ikut suka.
▶️ Dah boleh makan kopok lekor homemade. Yang ni kopok lekor versi goreng.
▶️ Siap untuk dihidang!
BACA JUGA : Resepi Cek Mek Molek Yang Lembut Sampai Ke Sejuk. Time Goreng Pun Tak Pecah!
Senang je kan nak buat kopok lekor ni. Buat sendiri lagi puas hati. Boleh makan panas-panas lepas goreng nanti. Family aku, kalau dapat kopok lekor ni confirm berebut punya la. Sesuai sangat buat hidangan minum petang.
Kopok lekor homemade ni korang boleh makan rebus dan goreng. Dua-dua pun ada rasa enaknya tersendiri. Boleh buat banyak-banyak dan simpan kopok dalam peti. Bila time nak makan, tinggal keluar dan goreng je.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Arfiza Farzira Abu Hasan kerana sudi berkongsi resepi kopok lekor homemade ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!