Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Sira Labu Kelantan Sedap Berkilat. Manisan Ni Wajib Ada Bila Kenduri!
First time dengar resepi sira labu Kelantan. Aku tak pernah tahu pun sayur labu boleh buat sira. Biasa jumpa popia sira je. Menarik pulak resepi ni kan. Kebetulan labu pun ada kat rumah. Rasa nak try je resepi baru ni.
Apa yang aku tahu, sira ni jenis hidangan yang manis. Boleh dibuat sebagai kuih, boleh juga dibuat sebagai dessert. Aku ambil tahu sedikit tentang sira labu ni. Rupanya sira labu ni jadi manisan wajib bila ada kenduri kendara di Kelantan.
Aku duduk Kelatan 3 tahun ye. Tapi tak pernah jumpa pun sira ni. Mungkin sebab aku tak biasa pergi ke majlis-majlis kat Kelantan kot. Kat sana study! So, tak jumpa lagi member yang nak kawen masa belajar. Sebab tu la tak jumpa sira ni.
Resepi sira labu Kelantan ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Nor Liyana. Orang Kelantan yang dah craving nak makan sira labu ni boleh la cuba kat rumah. Cara penyediaanya tersangatlah mudah.
Orang kata sira labu ni antara kuih legand kat Kelantan. Memang sedap! Orang Kelantan kalau takde manis-manis dalam makanan memang tak sah ye. Wajib buh gula dalam hidangan. Jom kita follow resepi ni.
RESEPI SIRA LABU KELANTAN
Tak nak buang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaan sira labu Kelantan ni. Bahan-bahan dan step penyediaannya seperti dibawah.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 1 biji labu
- Air kapur
- Nise
- Daun pandan
- Secubit garam
CARA PENYEDIAAN SIRA LABU KELANTAN :
▶️ Labu yang dibersihkan di rendam dalam air kapur, paling lama 3jam. Rendam semalaman pun boleh.
▶️ Susun labu dalam periuk, masukkan daun pandan, nise dan garam. Tak perlu letak air, sebab labu akan mengeluarkan air sendiri. Tapi kalau nampak nak kering boleh masukkan sedikit air.
▶️ Bila labu dah empuk, nise dah cair berkilat boleh la tetap api dan hidangkan.
▶️ Siap untuk dihidang!
BACA JUGA : Resepi Labu Air Masak Sayur Belacan Yang Simple Dan Sedap. Makan Dengan Budu Lagi Sedap!
Orang kata lagi sedap makan sira labu ni sejuk-sejuk. Nikmat sangat! Lepas dah masak nanti, korang buh la dalam peti bagi sejuk. Buat hidangan manis mulut selepas makan nasi. Mudah je kan cara nak buat sira labu Kelantan ni.
Rupanya sayur labu ni macam-macm jugak boleh buat. Manisan sira macam ni pun boleh. Rasa-rasa kalau aku buat kat rumah, ada tak family aku yang suka. Sebab family aku memang suka sangat sayur labu. Macam-macam hidangan berasaskan labu kita orang akan buat.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Nor Liyana kerana sudi berkongsi resepi sira labu Kelantan ini di Facebook. Semoga ianya memberi manfaat buat kita semua. Selamat mencuba!