Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Ikan Keli Goreng Berlada Simple Giler. Makan Ratah Macam Tu Je Pun Dah Sedap Sangat!

0 11,037

Ada tak geng yang suka makan ikan keli kat sini? Sedap kan kalau goreng garing ikan keli ni lepas tu humban dalam cili yang pedas-pedas manja. Makan ratah saja pun takpe. Dah sedap sangat! Apa kata hari ni korang masak lauk ikan keli goreng berlada yang simple giler ni. Boleh bertambah nasi dibuatnya!

Cara nak buat ikan keli goreng berlada ni mungkin agak renyah bagi sesetengah orang. Tapi, bagi saya sangat mudah dibuat. Nak masak pun tak perlukan bahan memasak yang banyak. Tapi, nak rasa lagi power, korang lebihkan je penggunaan cili tu. Barulah berasapkan nak makan nanti!

Korang yang suka makan lauk yang pedas, memang tak rugi cuba resepi ni. Lagi-lagi dapat ikan keli yang di goreng garing. Lagi sedap nak makan. Sebelum goreng ikan keli tu, korang kena make sure basuh ikan bersih-bersih sampai hilang bau hanyir tau. Tips nak basuh ada kat bawah.

Resepi ikan keli goreng berlada ni telah di kongsikan oleh Cik Puan Cheyah Saripuddin di Facebook. Korang boleh follow je step by step cara yang beliau kongsikan ni. Confirm menjadi! Selalu sangat jumpa lauk ni kat kedai makan kan. Tapi, nak dapat yang garing dan ngam rasa dengan tekak susah juga.

Nak buat cili tu, korang jangan blander tau! Nanti hancur teksturnya. Tak sedap pula nanti. Korang kena tumbuk kasar je atau kisar menggunakan chopper. Barulah best nak makan nanti. Tak nak buang masa lagi, apa kata kita tengok bahan-bahan memasak yang diperlukan.

 

RESEPI IKAN KELI GORENG BERLADA

Sebelum masak, sediakan bahan-bahan dulu. Kita cuma perlukan semua bahan kat bawah ni. Tak banyak dan tak renyah. Kalau korang suka lebih pedas, korang extra kan je penggunaan cili. Jom masak!

Bahan-bahan yang diperlukan adalah : 
  • 6 ekor ikan keli
  • 4 biji cili merah besar
  • 10-12 biji cili hijau
  • 5 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih

 

Bahan tambahan : 
  • Garam
  • Gula
  • Serbuk kunyit
  • Minyak untuk menggoreng

CARA PENYEDIAAN IKAN KELI GORENG BERLADA : 

▶️ Mula-mula basuh bersih ikan keli. Tips dia basuh guna limau nipis. Bebas bau hanyir dan lendir.

▶️ Kemudian, gaulkan bersama garam dan serbuk kunyit.

▶️ Bawang dan cili ni potong je kecil-kecil nak bagi mudah untuk tumbuk.

▶️ Tumbuk bagi hancur kasar-kasar. Kalau malas boleh je guna blander tapi tak best sebab kita nak textur dia kasar sikit. Nak guna chopper lagi okey.

▶️ Korang buat kasar macam ni.

▶️ Panaskan minyak, goreng hingga garing. Masa menggoreng tu tak nak dia merecik korang tutuplah periuk atau kuali tu.

▶️ Dah garing. Tak sabar nak makeup ikan ni.

▶️ Seterusnya, panaskan sedikit minyak, masukkan bahan yang kita tumbuk tadi. Goreng hingga naik bau.

▶️ Kacau bagi sekata semua bahan tumbuk.

▶️ Kemudian, masukkan sedikit gula dan garam. Dah nampak hampir garing boleh tutup api.

▶️ Last sekali, curahkan atas ikan tadi.

▶️ Taraaa dah siap untuk dimakan!

 

BACA JUGA : Resepi Kek Coklat Cheese Kukus Confirm Menjadi. Lembut, Moist Dan Sedap Sangat Hasilnya!

 

Its done. Ready nak ngap! Makan dengan nasi putih panas-panas, lagi sedap! Sekali je korang try mesti korang akan ketagih dan nak lagi. Saya pun memang favourite sangat dengan lauk ni. Korang boleh guna juga cili tu untuk tumis terung. Sedap tau!

Kadang-kadang makan kat kedai ni tak kena juga dengan tekak. Masak sendiri bolehlah suaikan dengan rasa tekak masing-masing. Rasanya semua dah tahu kot, masakan berlada macam ni memang famous kat negara jiran Indonesia. Tapi, dah jadi resepi yang ramai orang suka di Malaysia.

Ribuan terima kasih di ucapkan kepada Cik Puan Cheyah Saripuddin kerana sudi berkongsi resepi ikan keli goreng berlada yang simple giler ni di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open