Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Daging Goreng Kunyit Yang Simple Dan Sedap. Ala-Ala Makan Kat Kedai Rasanya!

0 152

Masak goreng kunyit boleh dipelbagaikan caranya. Boleh dimasak dengan lauk ayam, daging dan juga seafood. Tapi, untuk perkongsian hari ini, kita akan mencuba resepi daging goreng kunyit yang simple dan sedap.

Cuma menggunakan 6 bahan memasak sahaja, anda dapat hasilkan lauk daging goreng kunyit yang paling sedap dimakan dengan nasi putih panas-panas. Pasti ramai yang memilih untuk order resepi ini bila makan diluar kan.

Selain ayam goreng kunyit, masak daging goreg kunyit juga ramai penggemarnya. Boleh dimasak kering dan boleh juga dimasak basah seperti resepi ini. Mudah sangat dimasak, kerana hasil daging yang dimasak juga tidak liat.

Orang dulu-dulu kata nak masak daging ni kena rebus dulu. Masa rebus tu masukkan sudu besi didalamnya. insyaAllah lembutlah daging tu. Mungkin kita pun boleh cuba tips tu. Syok juga nak makan daging lembut nanti.

Resepi daging goreng kunyit ini telah dikongsikan oleh Cik Puan Shai Anne Ahemed melalui laman Facebooknya. Ini adalah cara beliau memasak daging goreng kunyit. Yang mana beliau lebih suka dengan teksturnya yang basah berbanding kering.

 

RESEPI DAGING GORENG KUNYIT

Memandangkan kedai makan pun tak buka waktu malam, apa kata kita cuba je resepi ni dirumah. Masak sendiri lagi puas hati! Tak susah pun cuma perlu follow sebijik-sebijik resepi yang dikongsikan ini. Jom masak!

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • Daging (dihiris ikut suka)
  • Kacang panjang (dihiris)
  • Bawang holland (dihiris)
  • Cili hiris
  • Sos tiram
  • Serbuk kunyit

CARA PENYEDIAAN DAGING GORENG KUNYIT : 

▶️ Sediakan periuk atau kuali. Masukkan daging dan hidup kan api. Biarkan air daging keluar.

▶️ Masukkan sos tiram dan juga serbuk kunyit.

▶️ Masak daging sampai empuk. Tambahkan air jika perlu dan kacau seketika. Biarkan semua bahan sebati dan lembut serata.

▶️ Bila daging dah lembut, air dah kering dan tinggal sedikit, masakan akan terbit minyak. Kalau nak tambahkan minyak pun boleh nanti tekstur daging akan jadi garing.

▶️ Masukkan bawang dan kacang panjang. Gaul sebati. Bila bawang dah layu. Masukkan cili.

▶️ Tak perlu perasakan dengan garam lagi, sebab sos tiram dah cukup masin. Sebelum tutup api, boleh rasa dulu masakan. Jika perlu tambahkan perasa, boleh tambah ikut citarasa masing-masing.

 

BACA JUGA: Resepi Tokoyaki Step By Step Untuk Anda Cuba Dirumah. Confirm Anda Puas Hati Dengan Hasilnya!

 

Siap untuk dihidang! Makan dengan nasi putih panas-panas boleh terangkat dibuatnya. Inilah yang dikatakan hidangan 2 in 1. Ada lauk daging dan sayur kacang panjang dalam satu hidangan. Inilah dia menu lengkap yang mudah dibuat.

Tak perlu nak masak sayur lagi. Nak makan dengan sambal belacan pun sedap tau. Barulah padu! Tak rugi cuba resepi ni dirumah. Boleh dijadikan lauk makan malam atau lauk tengahari nanti.

Yang dah rindu nak makan lauk kedai, bolehlah cuba salah satu resepinya disini. Lagi selamat dan jimat. Semoga resepi daging goreng kunyit ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open