Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Ayam Masak Ungkep Versi Sempoi. Sekali Cuba Terus Menjadi!

Resipi Ayam Masak Ungkep Versi Sempoi
0 803

Kalau sebut masakan ungkep memang tak boleh dinafikan terbayang makanan jawa. Mula lah terbayang nasi ambeng, tempe dan sebagainya. Memang suka betul makan makanan jawa walaupun kita bukan orang jawa.

Antara masakan yang popular dalam kalangan jawa ialah ayam masak ungkep. Dan masakan ungkep ni wajib dimakan dengan nasi putih panas-panas. Barulah terasa nikmat dengan kepedasannya.

Disebabkan masakan ungkep ni sedap, semakin hari semakin ramai yang ingin merasa kelazatan ayam masak ungkep namun masakan ini tidaklah semudah yang disangka. Bagi masyarakat jawa, mereka pasti tahu bagaimana menghasilkan rasa masakan ungke yang asli.

Menerusi perkongsian Cik Puan Nurhayati Abd Malek ni, beliau kongsikan macam mananak hasilkan masakan ayam ungkep versi sempoi sahaja supaya mudah untuk kita semua follow.

Bagi yang betul-betul rasa nak makan dan cuba buat sendiri, saya memang galakkan untuk ikut sahaja resepi yang dikongsikan oleh beliau ni. Step by step yang beliau kongsikan akan saya share di bawah bagi memudahkan pembacaan korang semua.

 

RESEPI AYAM MASAK UNGKEP JAWA

Selain ayam, masakan ungkep juga boleh dibuat dengan menggunakan daging atau pun ikan sebagai bahan utama. Yang pasti hasil dan rasanya sudah pasti sedap kerana bahan untuk rencah yang digunakan adalah sama.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 1 ekor ayam
  • Serbuk kunyit
  • Garam
  • 3 bijiubi kentang ( belah 4)
  • 2-3 batang serai
  • 5 tangkai daun kari
  • 1 sudu besar asam jawa
  • Garam
  • Gula secukupnya
  • 1 cawan air kosong
  • ½ sudu serbuk perasa
  • ½ sudu garam bukit
  • Sedikit gula
  • Hirisan bawang besar sebagai hiasan

 

BAHAN KISAR :
  • 15-30 biji cili padi kampung
  • 1 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 inci kunyit hidup

CARA PENYEDIAAN AYAM MASAK UNGKEP JAWA :

▶ Mula-mula sekali, potong kecil dan basuh ayam bersih.

▶ Gaulkan dengan serbuk kunyit dan juga sedikit garam. Perapkan sekejap.

▶ Sementara tu, blend bahan kisar sehingga hancur. Ketuk serai sedikit hancur. Ubi kentang pula goreng separuh masak.

▶ Goreng ayam yang diperap tadi sehingga ayam separa masak atau separa garing. Dah masak, angkat dan ketepikan seketika.

▶ Panaskan minyak, tumis daun kari dan serai sampai naik bau. Memang akan bau wangi satu rumah bila kita dah masukkan dalam kuali.

▶ Kemudian, masukkan bahan kisar. Tumis lagi sampai pecah minyak dan berbau wangi.

▶ Seterusnya, masukkan kiub pati ayam atau serbuk perasa, garam serta sedikit gula. Kacau rata semua bahan supaya bahan semuanya sebati.

▶ Masukkan ayam dan ubi kentang yang digoreng pada awal tadi. Masukkan secawan air dan gaul supaya ayam dan kentang sekata.

▶ Akhir sekali taburkan bawang sebagai hiasan. Dan tutup kuali supaya semuanya masak dan kuah sedikit kering.

▶ Bila dah sedikit kering, bioleh padamkan api dan sedia untuk dihidangkan.

BACA JUGA: Cara Buat Kuih Ros Cantik Dan Rangup. Kuih Tradisional Yang Semakin Dilupakan!

Bagi ramai yang belum tahu, masakan ungkep ini sebenarnya masakan yang masukkan semua dalam kuali, kemudian tutup. Biar sampai masak, kemudian padamkan api dan boleh hidangkan.

Kalau dalam Bahasa jawanya adalah ‘Diungkep nang njero wajan’ yang memberi maksud tutup rapat-rapat dalam kuali. Di mana maksudnya adalah seperti yang saya terangkan di atas. Masukkan semua dalam kuali, dan tutup rapat-rapat.

Akan tetapi, dinasihatkan untuk tengok juga sekali sekala supaya masakan kita tidak hangus. Bagi yang nak kuah lebih, tak perlu masak sampai kuah terlalu kering. Nanti senang-senang bolehlah buat. Selamat mencuba resepi ayam masak ungkep ni ye!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open