Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Cara Buat Kuih Ros Cantik Dan Rangup. Kuih Tradisional Yang Semakin Dilupakan!
Kalau di Negeri Sabah panggil ianya kuih Sasap, tapi kita di Semenanjung kebiasaannya memanggil kuih ini sebagai kuih Ros. Kuih yang wajib ada ketika hari raya pada suatu masa dulu.
Kenapa dulu? Sebab zaman sekarang kuih ini semakin sukar dijumpai ketika musim perayaan. Dah banyak kuih tunjuk dengan pelbagai jenis kuih dan nama yang ada. Tapi kuih Ros ni boleh dijumpai di kampung-kampung.
Tapi bila orang kampung juga berpindah di bandar, makan kuih ini sudah semakin ramai yang pandai buat dan ada yang buat jualan. Paling menarik sekali, tak perlu tunggu waktu perayaan kalau nak makan. Asal ada acuan boleh buat terus dari dapur kita.
Untuk mencari acuannya pula, ada banyak kedai bakeri yang menjualnya. Bagi penduduk Kawasan sekitar Negeri Sembilan boleh mencarinya di Nilai 3.
Perkongsian daripada Tuan Zaky Mat Ali ini menarik minat saya di mana hasil bunga ros yang dihasilkan nampak cantik dan menyelerakan. Step by step yang dikongsikan juga buat kita rasa mudah untuk follow resepi tersebut.
RESEPI KUIH ROS
Kuih tradisional ini antara kuih yang paling senang untuk kita buat. Bila dah siap, hidangkan untuk minum petang atau hidangkan kepada tetamu yang datang. Bila dah siap simpankan dalam balang kedap udara supaya tidak masuk angin.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 500 gram tepung beras
- 60 gram tepung gandum
- 250 gram gula
- 1 biji telur
- 300ml santan kelapa
- Secubit garam
- Sedikit kapur makan
- Air
CARA PENYEDIAAN KUIH ROS :
▶ Satukan semua bahan kecuali air. Kacau bagi bahan semua sebati.
▶ Kemudian, masukkan air sedikit demi sedikit. Sehingga adunan jadi tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.
▶ Seterusnya panaskan minyak dengan api yang sederhana.
▶ Celupkan acuan ke dalam minyak dan biarkan acuan betul-betul panas.
▶ Kemudian, angkat acuan celupkan dalam adunan. Jangan tenggelamkan acuan. Pastikan hampir paras rata sahaja.
▶ Celup semula dalam minyak panas beserta adunan tadi. Biarkan sekejap dan goyangkan acuan supaya kuih ros kita tertanggal.
▶ Masak sekejap sampai bertukar warna. Balik-balikkan dan angkat. Toskan minyak sebelum ianya disimpan.
▶ Kuih dah sejuk dan suami sedikit bolehlah dimakan.
BACA JUGA: Petai Tumis Ikan Bilis Ni Serious Sedap! Bila Makan Bertambah Nasi Dibuatnya!
Senang je kan resepi nak hasilkan kuih ros ni. Untuk siapa yang ada acuan tu bolehlah cuba buat sendiri dengan follow resepi di atas ni. Untuk setiap bancuhan ni, banyak juga kuih ros yang kita boleh hasilkan.
Kalau nak lebih mudah, baut bancuhan banyak-banyak dan goreng sekadar penuh balang. Bila nak makan, boleh terus goreng dengan menggunakan bancuhan yang sedia ada.
Bila kita dah tahu macam mana nak hasilkan kuih ros ni bolehlah cuba buat nanti dan hidangkan untuk family besar. Kot-kot ada yang suka, boleh kongsikan resepi daripada perkongsian ini.