Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Mudah Buat Onion Ring Homemade. Lagi Jimat Buat Sendiri Dari Beli Kat Luar!

0 233

Ada tak penggemar onion ring kat sini? Apa kata kita cuba buat onion ring homemade. Dari beli kat Marrybrown, A&W dan Domino Pizza, lebih baik buat sendiri. Lagi jimat, nak makan banyak mana pun boleh.

Kalau beli kat luar, 6-10 rings tu harganya lebih kurang RM4.80 hingga RM6.80. Kalau buat sendiri 10 ring tu, tak sampai RM1 pun kosnya. Murahkan! Onion ring ni mudah je nak buat dan tak perlu gunakan bahan yang banyak pun.

Onion ring ini boleh dibuat berperisa seperti spicy ataupun original. Semuanya terpulang pada citarasa masing-masing. Cuma perlu bancuh tepung dengan air dan celupkan bawang holland. Kemudian, gaul dengan serbuk roti dan goreng. Mudahkan!

Resepi onion ring ini telah dikongsikan oleh Cik Puan Nad Nouyu melalui laman Facebooknya. Pasti ramai yang tak sabar nak mencubanya dirumah kan. Bolehlah dijadikan kudapan buat anak-anak sambil ber PDPR.

Sebijik bawang holland tu boleh dapat sepinggan penuh onion ring. Disalut tebal dengan serbuk roti lagi sedap. Rangup je luarnya. Pastikan minyak menggoreng tu, dipanaskan betul-betul. Barulah tak masuk minyak.

 

RESEPI ONION RING HOMEMADE

Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan memasak yang diperlukan dan bagaimana cara penyediaan onion ring homemade ni. Nak masak dalam air fryer pun boleh. Jom kita mula memasak!

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • Bawang holland
  • Serbuk roti
  • Air secukupnya
  • Tepung Bestari (spicy/ original)
  • Minyak untuk menggoreng

CARA PENYEDIAAN ONION RING HOMEMADE :

▶️ Bancuh tepung bestari dengan air. Bancuh macam nak buat lempeng.

▶️ Potong bawang holland bulat-bulat. Kemudian, masukkan ke dalam bancuhan tepung bestari.

▶️ Kacau sebati, sekejap pun takpe dah. Pastikan semua bawang disalut dengan tepung macam dalam gambar tu ye.

▶️ Masukkan bawang yang disalut dengan tepung tu ke dalam serbuk roti. Salutkan sampai semua bahagian kena serbuk roti.

▶️ Masuk satu-satu ye, jangan masukkan banyak-banyak nanti takut tak tersalut sempurna dengan serbuk roti. Takde lah makan bawang semata-mata.

▶️ Dah siap buat tu, boleh la digoreng. Pastikan minyak betul-betul panas baru goreng. Nanti takut berminyak sangat. Goreng api perlahan dan sekejap je. Siap untuk dihidang!

 

BACA JUGA: Resepi Daging Goreng Kunyit Yang Simple Dan Sedap. Ala-Ala Makan Kat Kedai Rasanya!

 

Wah! kan dah kata boleh makan sebanyak yang mungkin. Teksturnya pun rangup dan rasanya lagi sedap dari makan onion ring kat luar sana. Onion ring ni boleh dipelbagaikan cara masaknya ikut citarasa masing-masing.

Kalau nak makan onion ring banyak-banyak, lebih baik buat sendiri. Lagi jimat! Musim pkp ni semua nak drive thru dan delivery je. Bila dah sampai rumah, onion ring pun dah tak rangup. So, tak rugi lah kalau buat sendiri.

Apa kata save resepi ni. So, bila-bila nak buat pun boleh. Anak-anak request je terus boleh buat. Resepi pun mudah je. Semoga resepi onion ring homemade ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open