Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Daging Bawang Yang Paling Mudah. Sedap Sangat Dimakan Dengan Lemang Dan Ketupat. Jom Cuba!

0 102

Daging korban kat peti tu banyak lagi kan? Apa kata kita cuba resepi daging bawang. Boleh makan dengan lemang dan ketupat. Resepi daging bawang ni kalau dimasak kering macam serunding boleh tahan berbulan tau!

Selain dimakan dengan lemang dan ketupat, daging bawang juga sesuai dimakan dengan nasi putih. Kalau ada yang tengah rindu daging bawang mak, bolehlah minta mak poskan. Jangan risau tak rosak pun.

Sejak PKP ni, raya pun tak dapat balik. Rindu kampung halaman. Bukan tu je, semua masakan mak, kita dah rindu. Apa pun air tangan emak ni memang no 1. Kalau nak cuba buat sendiri dirumah bolehlah cuba follow resepi ni.

Ikut je perkongsian resepi daging bawang yang dikongsikan Cik Puan Nur Masri ni confirm menjadi! Yang penting kalau nak dapat rasa yang sama jangan derhaka resepi. Takut tak jadi nanti. Gurau je!

Ramai yang komen nak beliau kongsikan resepi daging bawang ni. Rakan Facebook minta beliau share resepi ni selepas beliau kongsikan resepi lemang cawan haritu. Mungkin dah bosan juga nak makan rendang kan.

 

RESEPI DAGING BAWANG

Daging korban yang ada tu, boleh dipelbagaikan cara masakannya. Hari-hari boleh tukar-tukar resepi. Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita lihat bahan memasak yang diperlukan dan bagaimana cara penyediaannya.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 1 kg daging
  • 1 kg bawang besar
  • 3 Sudu besar Cili kisar
  • 6 bj Bawang merah
  • 5 bj Bawang putih
  • 1inci halia
  • Kulit kayu Manis
  • Bunga lawang
  • Daun kari
  • 1 cawan kicap Manis kipas udang

CARA PENYEDIAAN DAGING BAWANG :

▶️ Rebus daging bersama sedikit garam dan halia. Kemudian, potong nipis-nipis.

▶️ Bawang besar sebiji dibelah 4. Kemudian, potong nipis dan goreng sampai jadi bawang goreng.

▶️ Kisar bawang merah, bawang putih dan halia.

▶️ Panakan minyak dan tumis bahan kisar tadi. Masukkan sekali kulit kayu manis dan bunga lawang.

▶️ Masuk cili blend dan kacau hingga cili masak.

▶️ Masukkan 1 cawan air rebusan daging tadi, kicap dan juga daging.

▶️ Masak hingga air kering dan daging lembut. Perasakan dengan gula dan garam jika perlu.

▶️ Masukkan daun kari dan bawang besar goreng tadi.

▶️ Kacau sehingga kering macam mana yang kita nak. Siap untuk dihidang!

 

BACA JUGA: Desert Ala-Ala Cha Bang Ang Thai Yang Viral Dan Disukai Ramai. Tak Cukup Semangkuk Dibuatnya!

 

Resepi daging bawang ini boleh dimasak kering dan boleh juga dimasak lembab. Untuk sukatan 2 kg daging pula, mudah je nak ingat sukatan resepinya. 2 kg daging perlukan 2kg bawang besar dan 2 cawan kicap manis. Mudahkan!

Perlukan banyak bawang. Dah nama pun resepi daging bawang. Tentulah bahan utamanya daging dan bawang. Kalau letak bawang yang sikit, tu namanya daging masak kicaplah kan. Menarik resepi ni mesti ramai yang suka.

Lepas ni tak perlu tungga mak buatkan kita daging bawang lagi. Dah boleh buat sendiri dirumah. Duduk jauh dari mak ni, kena belajar banyak benda. Semoga resepi daging bawang ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open