Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Sotong Sumbat Inti Telur Yang Awesome! Sambal Pedas Manis Pelengkap Rasa!

0 1,909

Siapa sahajalah yang mampu menolak kalau dihidangkan lauk sotong. Kecuali yang alergi dengan masakan laut kan. Biasanya sotong ni boleh jadi rebutan kalau ada depan mata. Sedapnya tu ya ampun!

Sebelum ni nak makan sotong sumbat, beli je terus siap masak je. Tapi takt ahu pulak nak buat dia tersangatlah senang!  Apa yang saya perasan ada pelbagai versi sotong sumbat ni. Sebab ada juga yang gunakan pulut, kukus dalam santan dan sebagainya.

Tapi untuk perkongsian kali ni, saya tertarik dengan resepi yang dikongsikan oleh Cik Puan ni. Nampak menyelerakan dan tak sabar saya nak makan.

Paling menarik, resepi yang dikongsikan ni mudah dan tak perlu gunakan pulut atau santan. Hanya gunakan telur dan bahan- bahan yang mudah sahaja!

 

RESEPI SOTONG SUMBAT

Bahan- bahan yang digunakan adalah :

BAHAN INTI UNTUK SUMBAT

  • Telur 4 biji
  • ¾ ekor udang ( cincang halus )
  • 1 biji bawang merah ( cincang halus )
  • 1 biji cili merah ( cincang halus )
  • 2 helai daun bawang ( cincang halus )
  • garam dan lada hitam secukup rasa

CARA PENYEDIAAN INTI SUMBAT :

▶ Panaskan kuali, masukkan sedikit minyak

▶ Minyak dah panas, goreng semua bahan- bahan ni sehingga separuh masak.

▶ Dah siap masak ketepikan dulu untuk sejukkan sebelum kita nak sumbat dalam perut sotong

▶ Sotong pastikan dah basuh bersih. Toskan.

 

BAHAN UNTUK SAMBAL

  • 3 biji bawang kecil
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 batang serai
  • 3 sudu cili kisar
  • 2 sudu besar sos tiram
  • Gula
  • Garam

BACA JUGA: Buat Sambal Kering Ikan Bilis Rangup Untuk Hidangan. Tapi Ralit Ratah Jadi Kudapan!

CARA PENYEDIAAN SAMBAL SOTONG SUMBAT :

▶ Mula -mula sekali, kisar hancur bawang kecik, bawang putih dan halia.

▶ Panaskan minyak, dan tumis bahan- bahan tersebut bersama dengan cili kisar.

▶ Tumis sampai naik minyak dan cili masak sepenuhnya.

▶ Bila dah pecah minyak, masukkan sos tiram dan bahan perasa gula dan garam.

▶ Biarkan sekejap supaya sambal kita pekat, jika terlalu kering, masukkan sedikit air.

▶ Bila inti dah sejuk, boleh sumbatkan dalam sotong tau.

▶ Kuah  ni dah mendidih sikit, boleh masukkan sotong yang sudah disumbat dengan intinya.

▶ Rasa dah okay, sotong dah masak, boleh padamkan api.

Siap dan sedia dihidang!

 

Sedapnya lauk sotong sumbat dengan inti telur ni. Makan dengan nasi panas memang layan ni. Kuah dia kalau boleh, buat lebihkan sedikit sebab setiap suapan tu kita cicah dengan kuahnya tu memang terangkat!

Ada yang tak pernah makan sotong sumbat ni, jadi rasa risau takut rasa tak kena dengan selera. Tapi jangan risau! Sebab rasa dia memang marvellous!

Kepada yang baru nak cuba, saya ucapkan selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open