Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Cucur Nasi Orang Cina. Makan Macam Ni Pun Dah Sedap Dan Menggenyangkan!
Hari ni kita cuba resepi orang cina plak iaitu resepi cucur nasi orang cina. Senang! Tak payah masak lauk bagai. Makan nasi macam ni je pun dah kenyang. Ingatkan telur dadar semata. Rupanya dalam telur ada nasi dan sayur.
Cukup lengkap ye. Dalam ni dah ada telur dan sayur sekali. Kenyang pun kenyang. Sedap pun sedap. Aku pun tak tahu apa nama resepi ni. Tapi paling dekat resepi ni nampak macam cucur kan. Boleh la kita panggil sebagai cucur nasi.
Nampak sedap. Ingatkan ada resepi telur dadar baru. Maklumlah aku ni pencinta telur dadar. Takde telur dadar time makan, memang tak nikmat la dibuatnya. Ramai yang kata cucur nasi ni sedap. Rugi kalau korang tak cuba buat kat rumah.
Kalau ada anak-anak yang susah makan nasi atau susah makan sayur, boleh cuba bagi makan cucur ni. Anak pun tak perasan ada nasi dan sayur kat dalam tu. Lalai dek kesedapan cucur nasi ni. Try la nanti.
Resepi cucur nasi ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Norzaiha Razali. Boleh gantikan dengan apa je jenis sayur yang korang suka. Makan cucur nasi ni dengan sos pun sedap ye. Tak cukup sekeping dibuatnya.
RESEPI CUCUR NASI ORANG CINA
Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan memasak yang diperlukan dalam penyediaan cucur nasi ni. Step memasak seperti dibawah.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 3 biji telur
- 2 senduk nasi
- Sesudu kecil garam
- 1½ sudu makan tepung gandum
- Carrot (dicincang)
- Daun Lucia (dihiris halus)
- Daun bawang (dihiris halus)
CARA PENYEDIAAN CUCIR NASI ORANG CINA :
▶️ Pecahkan 3 biji telur. Gaul sebati dengan sesudu kecil garam.
▶️ Kemudian, masukkan 2 senduk nasi. Gaul nasi sampai sebati.
▶️ Letakkan tepung gandum 1½ sudu makan. Kemudian, gaul sebati.
▶️ Letakkan carrot cincang dengan daun kucai hiris halus. Resepi ni guna daun bawang. Gaul sebati.
▶️ Ratakan minyak dalam kuali dan panaskan. Tapi minyak jangan banyak tau. Jangan sampai tengelam cucur nasi ni.
▶️ Letak dalam kuali dan bentukkan jadi bulat dan leperkan. Boleh letak guna senduk.
▶️ Pusing-pusingkan sampai garing. Angkat dan toskan.
▶️ Siap untuk dihidang!
BACA JUGA : Resepi Kuih Pasung Orang Sabah. Lemak Manis Rasa Kuih Ni, Memang Sedap!
Dah siap pun! Nasi semalam yang tak habis boleh la buat cucur nasi ni. Takde la terbiar basi. Nak masak nasi goreng pun kadang bosan jugak kan. Try tukar selera masak cucur nasi ni. Confirm berkali-kali korang buat resepi ni.
Dalam resepi ni sepatutnya menggunakan daun bawang. Tapi kalau nak ganti dengan daun kucai pun boleh. Ala-ala cucur udang jadinya. Resepi dah ada. Nasi lebihan semalam yang tak habis boleh buat macam-macam termasuk menu ni.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Norzaiha Razali kerana sudi berkongsi resepi cucur nasi orang cina yang mudah dan sedap ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!