Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Kuih Pasung Orang Sabah. Lemak Manis Rasa Kuih Ni, Memang Sedap!

0 569

Sejak duduk semenanjung ni, dah susah nak makan kuih pasung. Terpaksa la guna Google cari resepi kuih pasung ni. Boleh la buat sendiri kat rumah. Tak boleh tanya mak aku, kang nangis dia anak nak makan tapi tak dapat.

Kuih pasung ni merupakan kuih traditional orang Sabah yang sangat sedap. Di masak menggunakan daun pisang yang di bentuk menjadi kone. Kat Sabah kuih ni ada banyak nama. Selain kuih pasung, kuih ni jugak dipanggil kuih ais krim takpun ekor cicak.

Kat Sabah ramai peniaga kecil yang menjual kuih muih di tepi jalan dan pasar pagi. Selain kuih yang digoreng, kuih jenis kukus macam pasung ni pun ada dijual. Aroma kuih ni memang sedap ye. Lagi-lagi masak guna daun pisang.

Resepi kuih pasung orang Sabah ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Noor Izzati Saidun. Jarang orang Sabah tak suka kuih ni. Yang dah lama merantau, meh la buat kuih ni kat rumah. Buat lepas rindu kat mak ayah.

Mama aku memang suka buat kuih ni. Lagi-lagi bila family dari semenanjung balik ke kampung. Sanggup bawakkan bekal untuk balik nanti. Yang tak dapat balik pulak, mesti call nak minta mak aku buatkan dan kirimkan sekali kuih ni dengan saudara mara yang nak balik semenanjung.

 

RESEPI KUIH PASUNG ORANG SABAH

Kuih ni tak guna banyak bahan pun. Jom kita lihat satu persatu bahan-bahan yang digunakan dalam penyediaan kuih pasung ni. Step penyediaannya seperti dibawah. 

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :  
  • Santan 1 cawan
  • Gula 2/3 cawan (ikut kemanisan kita sendiri)
  • Garam secubit rasa
  • Tepung gandum 1/2 cawan
  • Tepung beras 2 cawan
*Campurkan dua jenis tepung ni.

 

  • Air 1 cawan (untuk kisar daun pandan)
  • Daun pandan (kisar untuk dapatkan pasung cantik berwarna hijau)
  • Daun pisang (buat jadi bentuk kone)

 

CARA PENYEDIAAN KUIH PASUNG ORANG SABAH : 

▶️ Gaul semua & masukkan air pandan.

▶️ Dah kisar sikit demi sedikit sampai cair macam dałam gambar. Ketepikan.

▶️ Panaskan pengukus dan susun kone daun pisang.

▶️ Masukkan dalam daun pisang yang dah dibuat kone tadi.

▶️ Kukus selama 15-20 minit.

 

BACA JUGA : Resepi Siput Sedut Masak Lemak Negeri Sembilan. Masak Pedas-Pedas Lagi Sedap!

 

Takstur kuih pasung ni sama je macam kuih lapis. Lembut dan berlemak. Actually, walaupun kuih ni menggunakan santan, kalau pandai simpan dalam peti, mesti kuih ni boleh tahan berhari-hari. Nak makan nanti, kukus je semula.

Haaa, kelapa parut yang dah ambil airnya jangan buang ye. Kelapa parut tu boleh guna dan masukkan dalam tempat pengukus. Tujuannya, untuk mudahkan korang cucuk kone dalam periuk tu nanti. Takde la termereng atau adunan tepung tumpah nanti.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Noor Izzati Saidun kerana sudi berkongsi resepi kuih pasung orang Sabah ini di Facebook. Semoga ianya befmanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open