Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Ayam Masak Merah Yang Super Senang Dan Sedap. Sekali Cuba Pasti Nak Lagi!

0 1,317

Pasti ramai yang nak tahu apa rahsia keenakan resepi ayam masak merah kan. Nak tahu anda kenalah baca sampai habis. Ayam masak merah antara lauk yang sangat mudah dimasak dan paling penting sangat disukai ramai.

Cara memasaknya juga boleh dipelbagaikan. Untuk mereka yang suka resepi ayam masak merah, apa kata follow resepi ini. Sekali cuba pasti nak lagi. Seperti biasa, kebanyakan orang akan menggoreng ayam terlebih dahulu.

Begitu juga dengan resepi ini. Ayam akan digoreng menggunakan garam dan serbuk kunyit. Untuk lebih sedap, perapkan seketika, biar bahan perapan masuk kedalam ayam baru goreng. Lauk ini juga boleh dihidang bila-bila masa sahaja.

Ianya juga boleh dimakan bersama nasi putih, nasi hujan panas, lemang dan juga pulut kuning. Sesetengah orang akan menghidang lauk ayam masak merah untuk open hause di Hari Raya. Pasti laku keras lauk ni.

Nak tahu rahsia keenakannya? Jom kita follow resepi ayam masak merah yang dikongsikan oleh Encik Mohamad Firdaus ini. Terima kasih diucapkan kepada beliau kerana sudi berkongsi resepi ini beserta tips memasaknya di facebook.

 

RESEPI AYAM MASAK MERAH

Ramai yang akan teruja dengan cara mudah memasak ayam masak merah ini. Tanpa membuang masa lagi, mari kita lihat bahan memasak yang diperlukan dan bagaimana cara penyediaannya.

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • Ayam (digoreng)
  • Rempah 4 sekawan
  • Daun pandan
  • Serai (Optional)
  • Bawang besar (dihiris)
  • Sedikit asam jawa
  • Sos cili life
  • Gula nisse/ gula melaka
  • Gula pasir
  • Garamdan Ajinomoto
  • Daun sup
  • Air secukupnya

 

Bahan cili kering yang dikisar :
  • Cili kering
  • Bawang merah
  • Halia
  • Kunyit
  • Bawang putih

CARA PENYEDIAAN AYAM MASAK MERAH :

▶️ Goreng ayam dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. Jangan terlalu garing nanti ayam keras. Angkat, toskan dan ketepikan dahulu.

▶️ Tumis rempah 4 sekawan dan daun pandan. Daun pandan bagi wangi dan lagi sedap. Nak tambah serai pon boleh lagi sedap.

▶️ Kemudian, masukkan bawang besar yang dihiris. Tumis bawang hingga layu.

▶️ Kemudian, masukkan cili kering yang telah dikisar bersama bawang merah, halia, kunyit dan bawang putih. Tumis hingga pecah minyak.

▶️ Seterusnya,masukkan sedikit asam jawa.

▶️ Guna sos cili life. Tambah sos cili agak-agak ikut kepekatan dan kepedasan yang anda suka. Sos cili ni bagi rasa manis pedas yang lain berbanding cili mesin tu.

▶️ Tambah gula nisse atau gula melaka. Gaul sekata.

▶️ Tambah bahan perasa seperti gula pasir, garam, ajinomoto dan gaul sekata semua bahan. Jika agak pekat boleh tambahkan air.

▶️ Masukkan ayam yang telah digoreng dengan kunyit.

▶️ Gaul sehingga sebati biarkan 5 minit sampai sambal tadi meresap ke dalam ayam. Ayam yang digoreng jangan digoreng garing nanti keras pulak.

▶️ Boleh tambah daun sup juga kalau suka. Siap!

 

BACA JUGA: Resepi Tau Fu Fah Homemade Yang Terlajak Lembut. Ala-Ala Pasar Malam,  Sedap Sangat Makan Sejuk-Sejuk!

 

Siap untuk dihidang! Rahsia keenakan resepi ini adalah penggunaan sos cili dan gula nisse atau gula Melaka dalam masakan tadi. Sos cili ini akan memberikan rasa manis pedas yang lain berbanding cili mesin.

Sebelum terlupa, untuk mengenakkan lagi lauk ayam masak merah ini, masukkan serai semasa menumis. Aroma daun pandan dan serai tadi mampu menaikkan lagi rasa sedap dalam masakan kita.

Lepas ni, boleh gunakan resepi ayam masak merah yang dikongsikan oleh encik Firsdaus ini. Pasti ramai yang suka. 19K juga share difacebook beliau. Semoga resepi ini bermanfaat buat anda semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open