Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Ayam Masak Mamak Yang Simple Dan Sedap Sangat. Nak Ratah Macam Tu Pun Sedap!

0 92

Nah, resepi untuk korang yang tak suka makan kat kedai Mamak. Kita masak sendiri je kat rumah. Resepi ayam masak Mamak ni simple tapi sedap sangat tau! Jom try masak ayam versi Mamak ni kat rumah. Boleh buat lauk makan tengahari dan malam nanti.

Siapa geng tak makan kedai Mamak kat sini. Bukan nak kata semua kedai Mamak tu kotor, tapi ada je sebahagian yang tak berapa bersih. Kedai Melayu pun ada je yang kurang nak jaga kebersihan. Depan nampak bersih, tang belakang kotor yakmat.

Tak semestinya kita teringin nak makan lauk kedai mamak kita kena pegi makan kat kedai. Boleh je kita masak sendiri kat rumah. Ada banyak resepi kat Facebook, google, TikTok yang sediakan resepi-resepi yang ada kat kedai Mamak. Tinggal pilih je.

Hari ni teringin nak makan ayam masak Mamak. Rasanya memang kat kedai Mamak je kot ada lauk ni. Tak pernah lagi jumpa kat kedai makan orang Melayu. Kita try masak kat rumah jom. Lauk ni confirm buat korang bertambah nasi nanti.

Resepi ayam masak Mamak ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Shafiqah Liyana. Lauk ni dah viral sampai 6k kat Facebook. Yang tak pernah cuba lagi, boleh la follow resepi ni. Makan bertambah-tamabah nanti. Sedap!

 

RESEPI AYAM MASAK MAMAK 

Ambil masa kejap je kat dapur, dah lauk ni masak. Kita guna ayam bahagian dada. Takde tulang, so senang nak makan nanti. Bahan-bahan pun mudah nak dapat. Semua dah tersedia di dapur kita. Jom tengok bahan-bahan dan step memasak kat bawah ni.


Bahan-bahan yang diperlukan adalah : 
  • Ayam bahagian dada (dipotong kasar)
  • Tepung kentaki/ tepung bestari/ tepung jagung & tepung gandum

Bahan-bahan tumis : 
  • 3 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 tangkai daun kari
  • Cili kering ikut tahap kepedasan masing-masing
  • 1 inci halia kalau suka (optional)

CARA PENYEDIAAN AYAM MASAK MAMAK : 

▶️ Mula-mula, gaulkan ayam dengan tepung kentaki atau tepung bestari. Kalau takde guna campuran tepung jagung dan tepung gandum. Gorengkan.

▶️ Masak bahan-bahan tumis sehingga layu dan naik bau.

▶️ Kemudian, masukkan 3 sudu sos tiram dan 3 sudu sos cili.

▶️ Masukkan agak-agak dalam 1 sudu kecil (1sdk) pes asam jawa.

▶️ Tambah air sikit nak bagi berkuah. Tambah gula 1 sudu besar (1sdb) dan sedikit garam. Dia manis-manis pedas rasanya.

▶️ Biar mendidih kejap, rasa dulu kuah dan agak-agak dah sedap kat tekak, masukkan ayam tadi dan gaul rata.

▶️ Tutup api dah siap. Tara jadilah ayam masak Mamak kita.

 

BACA JUGA : Resepi Kuih Lapis Tenun Yang Kenyal Lentur, Cantik Dan Sedap. Nak Buat Niaga Pun Boleh!

 

Maka, haruslah kita curik-curik makan seketul dua time masak nanti. Orang Negeri Sembilan sebut “mencungap” (meratah). Tak cukup seketul dua nak ratah ayam ni. Tak tahan nak makan dengan nasi putih panas-panas. Confirm terangkat dibuatnya!

Dah nak tengahari ni. Kalau dah takde idea sangat nak masak, jom la masak lauk ni. Simple, mudah dan semestinya sedap. Sekali korang cuba masak lauk ni, orang rumah korang confirm request lagi. Masak kat rumah je, lagi jimat dari makan kat luar.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Shafiqah Liyana kerana sudi berkogsi resepi ayam masak Mamak ini di Facebook. Semoga perkongsian resepi ni dapat memberi manfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open