Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Buat Lepat Pisang Follow Resepi Dulu-Dulu. Simple Dan Mudah!

0 4,396

Kalau dulu di kampung, mak atau nenek suka sangat buat lepat pisang sebagai sarapan pagi atau untuk minum patang. Kalau sebut lepat, ada beberapa lepat yang kita boleh buat.

Ada lepat ubi, lepat labu dan juga lepat pisang yang biasa kita dengar kan. Tapi lepat pisang memang menjadi kesukaan semua orang. Berbanding lepat ubi dan lepat labu, ianya lebih disukai oleh golongan yang lebih tua.

Kalau ada pisang lebih dekat rumah tu, bolehlah buat lepat pisang ni dengan follow resepi yang dikongsikan ni. Resepi asli dan original saya rasa, semua orang tahu. Mak-mak atau nenek kita tak gunakan sukatan pun kan.

Main campak je dan agak-agak je bahan yang digunakan untuk buat lepat pisang yang sedap ni. Jadi, ni salah satu resepi yang dikongsikan untuk mereka yang belum pernah buat lepat pisang ni.

Resepi yang dikongsikan oleh Rohani Ahmad ni ialah respei yang biasa beliau buat. Jadi, mungkin ada yang tak sama dengan resepi yang dikongsikan oleh orang lain.

 

RESEPI LEPAT PISANG

Ramai yang suka makan lepat pisang ni kan. Jangan lupa simpan dulu resepi ni supaya mudah nak buat nanti.

Bahan-bahan yang digunakan adalah :
  • 10 biji pisang
  • ½ cawan pati santan
  • ½ cawan tepung gandum
  • 1 ½ cawan tepung beras
  • ½ cawan gula
  • 2 sudu gula merah
  • 1 ½ cawan kelapa parut
  • Sedikit garam
  • Daun pisang

CARA PENYEDIAAN LEPAT PISANG :

▶ Layurkan daun pisang atas api.

▶ Kemudian, potong daun pisang kecik-kecik sebagai pembalut lepat.

▶ Lenyekkan pisang sehingga hancur

BACA JUGA: Resepi Ayam Bakar Juicy Dan Perapan Yang Mudah. Bakar Guna Oven Jer!

▶ Kemudian, masukkan bahan-bahan lain dan gaul sebati. Tepung-tepung yang digunakan, ayak terlebih dahulu untuk mengelakkan bendasing termasuk sekali.

▶ Bila adunan dah sebati, letakkan sedikit dalam dua sudu atas daun pisang.

▶ Lipat kemas-kemas. Sementara tu, panaskan pengukus.

▶ Kukus lepat lebih kurang dalam 25 minit atau hingga masak.

 

Fuuh! Kalau dapat makan suam-suam, memang sedap tau. Kebiasaannya, kalau buat untuk makan pagi, malam sebelum tidur, buat adunan siap-siap.

Esok pagi, tinggal layurkan daun pisang dan masukkan dalam daun pisang kemudian kukus sahaja. Siap kukus, sedia untuk dimakan.

Untuk yang baru nak mencuba kuih lepat pisang ini, saya ucapkan selamat mencuba dan selamat menjamu selera!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open