Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Ayam Goreng Penyet Dengan Sambal Padu Sebijik Macam Kedai. Sedap Dan Terangkat!

Ayam penyet sedap
0 1,915

Kalau buat nasi ayam penyet, part yang paling penting adalah sambal dan juga ayamnya. Kalau sambal menjadi, tepung goreng ayam pun awesome! Maka terhasillah nasi ayam penyet yang sedap dan padu.

Ramai yang jual ayam penyet, tapi kalau rasa tak kena dengan tekak memang sekali je lah kita datang kan.  Resepi ayam penyet ni asalnya dari Indonesia tap diubah ikut kesesuaian bahan yang kita ada.

Paling menarik, nak buat ayam penyet ni senang je dan ada pelbagai cara. Masing-masing ada cara tersendiri dan sedap ditekak. Cuma kalau nak buat cara yang simple dan mudah, boleh follow resepi daripada Cik Puan Ruhana Zalina ni.

Beliau kongsikan macam mana nak buat ayam penyet dengan sambal yang sudap terangkat! Cuba lah sekali buat, confirm korang akan suka dan teringat-ingat je.

 

RESEPI AYAM GORENG PENYET

Bahan-bahan yang digunakan adalah :

AYAM GORENG  PENYET :

  • 5 ketul paha ayam

 

BAHAN KISAR HALUS :

  • 7 ulas bawang puterh
  • 1 biji bawang besar
  • 2 inci halia
  • 4 batang serai ( hiris halus)

 

BAHAN LAIN :

  • 2 sudu jintan putih
  • 2 sudu jintan manis
  • 2 sudu serbuk cili
  • 2 sudu serbuk kari
  • 1 sudu gula
  • 1 sudu garam
  • 3 biji telur
  • 1 paket tepung bestari
  • 1 mangkuk tepung gandum

CARA PENYEDIAAN AYAM GORENG PENYET :

▶ Mula-mula sekali basuh bersih ayam bahagian paha kita.

▶ Kemudian kisar bahan sehingga hancur. Masukkan ke dalam ayam kita.

▶ Seterusnya, masukkan jintan putih, jintan manis, serbuk cili, serbuk kari, gula dan juga garam.

▶ Gaul sebati semua bahan biar semuanya mesra dengan ayam.  Perap selama 1 jam.

▶ Sediakan untuk menggoreng. Panaskan minyak yang banyak. Buat deep fry.

▶ Pecahkan telur dan kocak hingga sekata. Satukan tepung gandum dengan tepung bestari.

▶ Ambik 1 bahagian ayam perap tadi,  celup dalam telur dan golekkan dalam tepung. Pastikan semua bahagian ayam terkena telur dan tepung.

▶ Goreng dengan api yang sederhan besar sehingga masak.

Dah siap ayam, nasi pun dah masak. Wajiblah makan dengan sambal penyet kan. Silap buat memang boleh buat kita spoil rasa tau. Jom follow resepi dekat bawah ni ya.

 

RESEPI SAMBAL PENYET

Bahan-bahan yang digunakan adalah :

  • 2 inci Belacan
  • 1 biji bawang besar
  • 5 batang cili merah
  • 10 batang cili padi hijau dan merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 biji tomato
  • Sejemput ikan bilis

CARA PENYEDIAAN SAMBAL PENYET :

▶ Mula-mula sekali, tumbuk tomato separa hancur

▶ Dan kisar semua bahan-bahan tadi sehingga hancur

▶ Panaskan minyak, tumis bahan kisar dan tomato sampai naik minyak

▶ Masukkan 1 sudu gula dan garam secukup rasa

▶ Tumis sampai garing dan naik minyak

▶ Bila rasa dah okay, boleh padamkan api.

▶ Siap dan sedia untuk dihidangkan!

Selesai sudah hidangan ayam penyet kiat dengan ayam dan sambal yang super power ni. Lagi pedas, lagi padu! Ada yang suka makan dengan sup. Jadi bolehlah sediakan sup simple je untuk makan bersama.

Nak buat ayam penyet ni, sedap kalau dapat makan beramai-ramai dengan keluarga. Makan dengan ayam goreng panas tu, memang layanz!

Nanti yang mana nak cuba, boleh follow resepi ayam goreng penyet yang saya kongsikan ni tau. Mudah dan simple je. Semua orang confirm boleh buat menjadi.

Saya ucapkan selamat mencuba ye!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open