Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Budu Goreng Makanan Pior Negeri Kelantan. Sekali Jer Cuba Tapi Rasa Dia Memang Marvellous!

Budu goreng
0 3,881

Pernah makan budu goreng? Entah apa lah rasanya kan. Haaa.. Bagi yang tak pernah rasa mungkin akan rasa pelik. Tapi cubalah rasa sekali, confirm korang akan melekat suka dengan budu goreng ni.

Nak buat budu goreng tak susah sangat pun. Janji bahan-bahan semua ada, confirm menjadi. Bila resepi ni mudah nak follow, semua orang boleh buat. Makan dengan nasi putih je pun confirm bertambah!

Alkisahnya budu goreng ni, dikongsikan oleh sahabat facebook kita iaitu Cik Puan Najla Amalina. Ayahandanya yang ajar makan dan bekalkan setiap kali pulang ke kampus untuk belajar.

Uniknya, orang Kelantan sendiri pun tak pernah dengar nama masakan budu goreng ni tau! Jom saya kongsikan resepi budu gorang yang super sedap ni.

 

RESEPI BUDU GORENG

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

  • ½ botol budu ( cap apa -apa pun boleh)
  • 3 biji bawang merah
  • 15 biji cili padi ( ikut tahap kepedasan kita suka)
  • ½ kotak kecil santan
  • Minyak untuk menumis
  • 1 kiub pati ikan bilis

CARA PENYEDIAAN BUDU GORENG :

▶ Mula-mula sekali, kisar separa hancur bawnag dan juga cili padi. Untuk lebih mudah, boleh pakai chopper je. Akan dapatkan texture yang tidak terlalu hancur dan tidak terlalu kasar.

▶ Panaskan minyak. Tumis bahan kisar tadi sehingga garing.

▶ Bila dah garing, tuang budu dan kacau sehingga masak sekata.

▶ Masak dan tumis lagi sampai pecah minyak. Waktu ni bau wangi budu goreng dan semerbak satu rumah.

▶ Dah pecah minyak, masukkan santan tadi

▶ Akhir sekali, masukkan pati ikan bilis. Budu kita ni dah masih tau, jadi jika risau terlalu masin masukkan sedikit sahaja. Nak bagi rasa je orang kata.

▶ Tumis dan masak sampai pecah minyak. Sampai minyak dah berasing lah. Boleh kaut minyak keluar dari kuali.

▶ Minyak tu boleh gunakan untuk goreng nasi dan sebagainya. Budu goreng tadi, boleh simpankan dalam botol dan sedia untuk dihidangkan!

BACA JUGA: Cara Buat Kerabu Mangga Bunga Kantan. Sedap Dan Marvellous!

Fuuh! Kalau dapat makan dengan nasi panas pun memang layan dah budu goreng ni. Sedap tu memang tak terkata. Kalau nak bagi wangi, waktu proses menumis tadi boleh masukkan serai.

Dengan rasa pedasnya dan masin dia memang terbaik sangat kalau nak buat bekal. Buat masa ni belum jumpa lagi yang buat sebagai jualan. Mungkin boleh cub ajika ada banyak permintaan. Hehe.

Untuk yang bukan warga Kelantan atau sememangnya ori Negeri Kelantan boleh lah cuba buat resepi budu goreng ni. Marvellous sangat!

Saya yakin, sekali buat dan rasa confirm korang akan suka. Jangan lupa share di wall facebook ye. Selamat mencuba semua!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open