Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Putu Kacang Hijau Merupakan Kuih Raya Tanpa Bakar. Gebu Dan Pastinya Sedap!

0 2,222

Kuih tradisional putu kacang hijau ini terus mendapat tempat di hati penggemar kuih tradisi Melayu. Walaupun sudah memasuki tahun 2021, permintaan kuih putu kacang hijau ini tidak pernah putus dan meningkat setiap tahun terutamanya menjelang hari raya.

Resepi putu kacang hijau merupakan kuih tanpa bakar yang dibuat dengan menggunakan 2 bahan sahaja. Bilangan kuih yang dihasilkan mengikut saiz acuan putu yang digunakan.

Kuih ini merupakan kuih tradisional yang sering dihidang bila tibanya hari raya. Kuih ini digelar sebagai kuih lagend yang mempunyai tarikkannya yang tersendiri. Jika ikut cara pembuatan tradisional, kuih ini memerlukan masa yang panjang untuk membuatnya.

Kuih akan dibiar berembun semalaman atau disimpan dalam peti untuk menjadikan ia sedikit lembab kerana teksur gula yang basah. Jom kita follow cara penyediaan resepi ini melalui perkongsian seorang pengguna facebook iaitu Cik Puan Lind Razak.

Memandangkan sekarang negara kita dilanda covid-19 dan kita terpaksa berhadapan dengan PKP, pastinya kita tidak boleh bergerak kesana kesini untuk membeli kuih raya. Dengan itu lebih baik kita mencubanya sendiri dirumah.

 

RESEPI PUTU KACANG HIJAU

Jom kita lihat satu persatu cara penyediaan kuih tradisional ini. Bagus juga kita ambil tahu resepi kuih lagend ini, pastinya kita dapat belajar ilmu baru yang diperkenalkan oleh tok moyang kita dulu.

 

Bahan-bahan yang diperlukan :
  • 1 kg tepung kacang hijau (Alagapas)
  • 600 / 700gm gula icing

 

Peralatan yang diperlukan:
  • Acuan putu
  • Talam
  • Kayu lapik pemotong
  • Kain nipis
  • Pisau

CARA PENYEDIAAN PUTU KACANG HIJAU :

▶️ Sangai tepung kacang hijau sehingga garing dan naik bau. Masukkan dalam mangkuk dan gaul sebati dengan gula icing.

▶️ Apabila sudah sebati, tutup adunan tepung dengan kain nipis seperti tudung bawal.

▶️ Biarkan ia berembun semalaman atau simpan dalam peti sejuk (chilling). Adunan tepung yang dibiarkan semalaman akan menjadikan ia sedikit lembab kerana tekstur gula yang basah.

▶️ Adunan tepung yang menjadi adalah apabila ia boleh dikepal-kepalkan. Dengan menggunakan acuan kuih putu, taburkan tepung ubi sedikit ke dalam acuan untuk elak melekat.

▶️ Ketukkan ia keluar dan barulah dimasukkan adunan tepung kacang hijau tadi ke dalam acuan. Padatkan adunanan.

▶️ Kikis lebihan tepung diacuan dengan pisau. Kemudian, ketuk acuan dengan cermat untuk mengeluarkan kuih putu.

▶️ Susun kuih didalam talam dengan kemas. Selesai semuanya, tutupkan talam dengan kain nipis seperti tudung bawal dan jemur ia di bawah terik panas matahari.

▶️ Atau bakar dalam oven 10 min dengan suhu 100C- 120C jika tiada matahari.

 

BACA JUGA: Resepi Mee Goreng Kuah Kacang. Cuma Perlu Guna Baki Kuah Kacang Yang Tak Habis Je. Sedap Sangat!

 

Siap! Dua cara boleh digunakan dijemur dengan terik panas matahari ataupun dibakar dengan menggunakan oven. Tapi, untuk ikut cara pembuatan tradisional anda perlu jemur sahaja kuih ini dibawah terik panas matahari.

Nak guna acuan apa pun boleh. Kuih ini sangat simple dimana ia tidak memerlukan bahan yang banyak. Dengan menggunakan dua bahan sahaja, anda sudah dapat menghasilkan kuih lagend yang cukup sedap dan diminati ramai.

Nak dapat kuih ni dalam keadaan PKP ni bukanlah mudah. Apa kata anda mencubanya sendiri dirumah. Semoga resepi kuih putu kacang hijau yang lagend ini bermanfaat buat anda semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open