Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Mee Goreng Kuah Kacang. Cuma Perlu Guna Baki Kuah Kacang Yang Tak Habis Je. Sedap Sangat!
Resepi kali ini iaitu resepi mee goreng kuah kacang. Mee ini digoreng menggunakan lebihan kuah kacang satay yang tak habis dimakan. Daripada dibuang lebih baik dimasak semula dan dijadikan menu baru seperti menu mee goreng kuah kacang ini.
Sepatutnya resepi ini menggunakan mee basah. Tetapi dah terbeli mee kering, so rebuskan saja mee kering itu sebelum dicampur dalam bahan tumisan yang lainnya. Cara penyediaannya sangatlah mudah.
Kebiasaannya, mee goreng akan dimasak berasingan dengan kuah kacang dan dihidang berasingan juga. Bila hendak dimakan akan disendok sedikit kedalam mee dan digaul bersama mee.
Resepi mee goreng kuah kacang ini adalah hasil perkongsian seorang pengguna facebook iaitu Cik Puan Hana A Razak. Perkongsian ini sangat berguna buat anda semua penggemar mee goreng dan kuah kacang.
Kalau ada kuah kacang yang tak habis dimakan, tak kisahlah kuah kacang nasi impit ke, satay ke, rojak ke anda boleh saja menggunakannya untuk menggoreng mee. Nak masak mee ni boleh campur dengan pelbagai bahan selain isi ayam dan juga tauge.
RESEPI MEE GORENG KUAH KACANG
Tanpa membuang masa lagi, mari kita lihat bahan apa yang diperlukan dalam resepi ini. Dan bagaimana cara penyediaannya. Sudah pasti ada yang tak sabar nak mencubanya kan.
Bahan-bahan yang diperlukan :
- 2 biji bawang merah (dihiris)
- 2 biji bawang putih (dihiris)
- 3 sudu cili kisar
- Kuah kacang (ikut berapa baki yang ada)
- Mee Kuning kering (direbus)
- 2 sudu sos cili
- 1 sudu sos tomato
- 1 sudu kicap
- Udang
- Garam
- Sayur sawi
- Carrot
CARA PENYEDIAAN MEE GORENG KUAH KACANG :
▶️ Tumiskan bawang merah dan bawang putih. Nak kisar pun boleh ikut citarasa masing-masing.
▶️ Sementara bawang ditumis dalam kuali, rendamkan mee sekejap dalam air panas. kejap saja ok, lepas tu toskan dan ketepikan.
▶️ Bawang dah layu, masukkan cili kisar. Nak pedas, tambah lagi cilinya.
▶️ Masukkan sos cili dan sos tomato sikit. Taknak letak pun boleh. Sos tomato untuk bagi mee rasa sedikit masam.
▶️ Masukkan juga kicap untuk bagi warna mee lagi cantik. Masak sehingga naik minyak.
▶️ Bila bahan tumisan dah naik minyak, masukkan baki kuah kacang.
▶️ Masukkan air sedikit bagi mendidih. Sebatikan semuanya.
▶️ Bila kuah dah mendidih, masukkanlah udang. Nak masukkan isi ayam atau seafood lain pun boleh.
▶️ Pecahkan telur dan kacau. Masukkan perasa garam sedikit je, sebab kita dah ada perasa dari sos, kicap dan kuah kacang tadi.
▶️ Seterusnya, masukkan sayuran. Nak campus sayur apa pun boleh. Kacau sampai kuah pekat.
▶️ Barulah masukkan mee yang direbus tadi. Masukkan sekali juga daun hijau sebab kita taknak kacau mee kuning ni terlalu lama.
▶️ Siap dan boleh dihidang!
BACA JUGA: Resepi Tart Nenas Lain Dari Yang Lain. Guna Kuning Telur Rebus, Anda Akan Menikmati Rasa Tart Nenas Yang Sangat Sedap!
Guna mee basah lagi sedap. Nak guna mee kering ni tak boleh masak lama sangat nanti mee lembik sangat tak sedap pula. Jadi, masak sekejap saja dan masukkan sekali dengan sayur hijau. Kalau mee basah nak masak lama dalam kuali tak jadi masalah.
Nak guna kuah kacang apa pun boleh. Yang penting lepas ni kalau ada kuah kacang lebihan makan satay semalam, jangan dibuang. Simpan dalam peti, esok pagi keluarkan dan masak mee goreng kuah kacang untuk menu sarapan pagi.
Bila menggunakan mee kering, kelihatan mee goreng kita seakan maggie goreng, tak apa yang penting sedap dan mengenyangkan. Semoga resepi mee goreng kuah kacang ini bermanfaat buat anda semua. Selamat mencuba!