Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Buat Cencaru Bakar Tempoyak. Simple Tapi Marvellous!

Cencaru Bakar Tempoyak
0 417

Selain daripada cencaru sumbat, korang pernah makan cencaru bakar tempoyak? Waah! Sedapnya tak terkata. Siapa yang suka makan tempoyak, mesti akan suka rasa cencaru bakar tempoyak ni.

Selain ikan cencaru, boleh je gunakan ikan lain untuk buat masakan ni. Cuma kebiasaannya, ikan cencaru atau dikenali juga dengan nama ikan jacket ini menjadi pilihan untuk makan buat bakar tempoyak.

Masakan simple macam ni, selalunya mak ayah kita memang akan suka. Silap haribulan, boleh menambah nasi dibuatnya. Tak perlu lauk lain dah, cukup dengan 1 lauk ni je pun dah okay dah.

Resepi Ikan Cencaru Bakar Tempoyak ni, sangat mudah nak buat dan yang paling penting kita yang baru belajar buat masakan ni pun pasti menjadi even baru pertama kali cuba.

Kepada yang baru nak cuba, boleh follow resepi yang dikongsikan oleh Cik Puan Bahiyah Saripuddin ni. Simple tapi nampak menyelerakan. Serious mudah!

 

RESEPI CENCARU BAKAR TEMPOYAK

Bagi yang gemar makan tempoyak, memang heaven lah kalau dapat makan ni. Tak cukup makan dengan nasi, siap boleh meratah lagi. Confirm licin.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 2 ekor ikan cencaru
  • 1 sudu tempoyak
  • 3 biji cili padi
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 biji bawang merah
  • Sedikit garam

CARA PENYEDIAAN CENCARU BAAKR TEMPOYAK :

▶ Mula-mula sekali, siang ikan bersih-bersih dan toskan sekejap.

▶ Tumbuk bawang dan cili sehingga lumat kasar.

▶ Kemudian, masukkan tempoyak dan juga sedikit garam. Gaul sekata dalam lesung tu.

▶ Belah ikan cencaru dari bahagian belakang. Masukkan bahan-bahan tadi ke dalam badan ikan.

▶ Ambil daun pisang, layurkan sekejap. Balut ikan dengan daun pisang.

▶ Bakar sehingga ikan masak sempurna. Boleh bakar menggunakan pemanggang ajaib atau bakar terus dengan api dapur.

▶ Siap dan sedia untuk dihidangkan!

 

BACA JUGA: Cara Makan Budu Supaya Lebih Sedap. Makan Dengan Ulam, Comfirm Bertambah Nasi!

 

Wah! Senang sangat kan nak buat cencaru bakar tempoyak. Semudah ABC je, dah dapat hasilkan rasa yang sedap dan marvellous. Sebelum ni saya pernah kongsikan cara nak buat pais ikan kan.

Haa, caranya memang tak sama Cuma bila tengok hasilnya macam ala-ala pulak kan. Rasa sudah tentu berbeza. Masing-masing punya citarasa yang berbeza. Ada yang lebih sukakan bakar tempoyak ni, ada juga yang sukakan pais.

Simpan dulu resepi ni supaya lepas ni mudah kita nak buat dan rujuk semula. Bila berkesempatan nanti boleh buat bila-bila masa. Semoga resepi ikan cencaru bakar tempoyak ni memberikan manfaat kepada korang semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open