Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Buat Kepak Ayam Manis Pedas. Tak Perlu Bakar Pun Sedap!

Kepak Ayam Manis & Pedas
0 4,667

Siapa suka makan kepak ayam manis dan pedas? Saya paling suka makan, nak-nak time dia panas, berebut juga lah dengan anak-anak kalau beli kepak madu ni. Tak cukup seorang satu, paling tidak mesti 3 hingga 5 ketul.

Bila ada apa-apa event paling suka bila ada kepak ayam madu ni. Nak buat sendiri pernah juga tengok resepinya, renyah bak kata orang. Lebih baik beli daripada buat sendiri.

Tapi tengoklah, bila musim covid macam bni berlaku siapa je yang menjual. Nak cari kedai jual ayam madu bakar ni pun susah. Masing-masing struggle nak mencari rezeki.

Oleh itu, carilah dekat facebook resepi ayam madu ni dan terjumpa satu resepi Cik Puan Amira Hasan yang mudah dan simple ni. Senang je bahan yang digunakan untuk buat ayam madu bakar ni.

Paling best, untuk buat ayam manis pedas ni, saya gunakan bahagian kepak sahaja kesemuanya. Senang nak bahagikan dan rasa pun lebih sedap! Dan paling penting kita tak bakar, tapi kita goreng dalam kuali!

 

RESEPI KEPAK AYAM MANIS DAN PEDAS

Kalau nak buat makan bersama anak-anak boleh kurangkan kepedasan yang digunakan atau pun buat dua bahagian. 1 bahagian pedas, dan 1 bahagian biasa.

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 10 ketul kepak ayam
  • Kicap manis
  • Sos tiram
  • Madu
  • Sos cili pedas
  • Serbuk sweet paprika @ serbuk cili
  • Serbuk black pepper
  • 10 ulas bawang putih ( tumbuk lumat)
  • 2 ruas halia ( tumbuk lumat)
  • Garam dan Gula / Perencah secukup rasa

 

CARA PENYEDIAAN KEPAK AYAM MANIS DAN PEDAS :

▶ Mula-mula sekali, campurkan semua bahan dan lumur pada kepak ayam

▶ Perap lebih kurang sejam atau lebih supaya ianya meresap masuk ke dalam ayam. Lagi lama perap, lagi sedap tau.

▶ Dah cukup masa, panaskan minyak dalam kuali. Panaskan sikit je.  Masak gunakan api yang perlahan.

▶ Biarkan masak dan alih-alihkan untuk elakkan ayam kita hangit.

▶ Siap dan sedia untuk dihidangkan!

BACA JUGA: Cara Buat Kuih Kaswi Pandan Guna Sukatan Cawan. Elok Je Jadi Lembut Gedik!

Walaupun tak guna teknik bakar tapi ianya tetap sedap dan juicy. Tip nak jadikan ayam kita kekal juicy ialah dengan perap lebih lama.

Isi ayam jadi lembut, dan bila masak pun cantik je hasilnya. Makan ayam ni cicah dengan sos Thai pedas memang terangkat!

Hidangan kepak ayam manis pedas ni sesuai juga kalau nk hidangkan kalau ada bbq ke kumpul ahli keluarga ramai-ramai dan sebagainya. Memang meriah lah jadinya.

So, kenapa yang nak cuba, boleh follow je resepi senang dan mudah ni. Confirm menjadi dan anak-anak mesti akan suka. Selamat mencuba ye!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open