Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Puff Sardin Homemade Yang Paling Mudah. Rangup Dan Pastinya Sesedap Puff Di Kedai!
Nak buat puff sardin? Tengah cari resepi ke tu? Jom follow resepi puff sardin homemade disini. Mudah sangat nak buat. Bahan yang digunakan juga sedikit. Hasilnya rangup dan pastinya sesedap puff di kedai.
Selain menggunakan sardin, anda juga boleh masukkan inti kentang daging atau kentang ayam sama seperti inti karipap. Tapi yang ni cara paling mudah. Cuma perlu guna ikan sardin tin jenama yang anda suka.
Ikan sardin tin cuma perlu ditumis dengan bawang holland sahaja. Dan pastikan ikan sardin dilenyek-lenyekkan untuk memudahkan anda memasukkannya kedalam puff pastry. Nak buang tulang ikan dulu pun boleh.
Resepi puff sardin homemade ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Maya Miera. Anda cuma perlu ikuti step by step cara yang beliau kongsikan. Confirm menjadi.
Resepi ini cuma perlu menggunakan puff pastry jenama Kawan. Tak perlu adun tepung untuk membuat doh. Guna je pastry segera. Jimat masa dan boleh dihidang bila-bila masa. Kalau buat berlebihan, boleh difrozenkan je dulu balance tu.
RESEPI PUFF SARDIN HOMEMADE
Musim PKP ni anak-anak asyik nak mengunyah je. Bosan duduk rumah katanya. Daripada beli puff diluar lebih baik buat sendiri dirumah. Jimat dan boleh makan panas-panas.
Bahan-bahan yang diperlukan :
- Puff Pastry (jenama Kawan size besar)
- Sardin tin
- Bawang holland
- Garam atau secukup rasa (Optional)
- Sapuan (kuning telur + susu segar)
- Oregano (hiasan)
CARA PENYEDIAAN PUFF SARDIN HOMEMADE :
Cara penyediaan inti sardin :
▶️ Lenyekkan sardin.
▶️ Tumiskan bawang holland dan masukkan sardin yang dah dilenyekkan tadi.
▶️ Masak bagi kering. Kalau nak perasakan dengan sedikit garam atau cukup rasa pun boleh. Siap untuk inti!
Cara penyediaan puff sardin :
▶️ Bahagikan puff pastry kepada 4 bahagian.
▶️ Potong lagi bagi jadi segi tiga.
▶️ 1 side potong dengan pisau memanjang macam dalam gambar tu.
▶️ Masukkan inti sardin.
▶️ Tekan dengan garfu di sekeliling pastry.
▶️ Sapu kuning telur + susu segar di bahagian atas puff.
▶️ Taburkan oregano.
▶️ Bakar pada suhu 200C selama 20-25 minit untuk api atas bawah.
▶️ Siap untuk dihidang!
BACA JUGA: Resepi Mee Hailam Urat Keting Yang Mudah Dan Sedap. Banjir Dan Pekat Kuahnya!
Lebih garing, lebih sedap. Masa tengah bakar tu, aromanya mengancam. Rasa tak sabar nak makan. puff pasty segera ni boleh beli dimana-mana pasaraya seperti Tesco, Gient, Mydin dan lain-lain.
Kalau beli kat kedai bakery, harga sebijik lebih kurang RM 3. Agak mahal juga. Lebih baik buat banyak-banyak sendiri dirumah. Jimat sungguh! Selain dibakar dalam oven, Puff pastry sardin ini juga boleh dimasak dalam air fryer.
Siap masak, sedap sangat dihidang panas-panas. Confirm cepat je habis. Lepas ni nak makan puff pastry sardin yang macam kat kedai. Buat je di rumah. Semoga resepi puff pastry sardin homemade ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!