Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Buat Dorayaki Mudah Guna Sukatan Cawan. Simple Dan Anak-Anak Comfirm Suka!

Dorayaki simple dan sedap
0 6,626

Selama ni kalau dengar dorayaki terus terbayang doraemon kan. Kadang-kadang tu nampak sedap je tengok dia makan dalam tv tu. Rupa-rupanya nak buat dorayaki macam doraemon punya tu tak susah pun.

Dorayaki ni sudah pasti anak-anak paling suka. Kalau buat, memang berulang-ulang makan. Dan paling best sekali, boleh buat pelbagai perisa lagi tau.

Ada yang suka buat inti peanut butter, ada juga yang suka gunakan inti coklat. Buat untuk minum petang memang sedap. Makan pulak waktu masih suam-suam macam tu. Confirm lah cepat habis licinnya.

Ada juga yang buka untuk jualan tau dorayaki ni. Sebab tak semua orang ada masa nak buat. tapi sesekali nak juga rasa kan. So molek juga kalau ada yang jual boleh memudahkan orang lain yang betul-betul nak merasa.

Resepi yang saya kongsikan ni adalah resepi daripada Cik Puan Aqema Fazri. Bukan sahaja nampak mudah, malah nampak menyelerakan. Sedap tak terkata dan sesuai dimakan pelbagai cara.

 

RESEPI DORAYAKI

Kalau korang pernah makan waffle, bancuhan nak buat lebih kurang sama sahaja. Yang membezakan adalah acuan yang digunakan. Untuk dorayaki ni lebih mudah sebab tak guna acuan pun.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 3 biji telur
  • ¼ cawan gula
  • 2 sudu susu pekat manis
  • 2 sudu minyak masak
  • ½ cawan air
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • Sedikit esen vanilla
  • Inti ( peanut butter atau coklat)

CARA PENYEDIAAN DORAYAKI :

▶ Mula-mula sekali, pukul telur dengan gula sampai adunan jadi gebu.

▶ Kemudian, masukkan susu pekat dan minyak. Pukul lagi sampai sebati.

▶ Tambah sedikit esen vanilla anggaran 1 sudu kecil atau gunakan penutup botol esen vanilla tersebut.

▶ Masukkan tepung selang seli kan dengan air. Aduk adunan sehingga dapat hasil yang tidak terlalu cair dan tidak juga terlalu pekat.

▶ Seterusnya, panaskan non stick pan. Dan sendukkan bulat-bulat. Atau boleh juga gunakan piping bag.

▶ Masak sampai perang dan terbalikkan sehingga kedua-dua bahagian masak sekata.

▶ Bila dah masak, angkat dan sejukkan sekejap.

▶ Akhir sekali, sapu inti apa-apa yang kita suka.

▶ Siap dan sedia untuk dihidangkan!

 

BACA JUGA: Cara Buat Cencaru Bakar Tempoyak. Simple Tapi Marvellous!

 

Simple dan mudah je kan resepi dorayaki ni. Nak buat bekal bagi anak-anak ke sekolah pun boleh. Semangat nak makan tunjukkan kepada kawan-kawan. Hehe.

Selain peanut butter dan coklat, antara inti lain yang boleh kita gunakan adalah jem strawberry, jem blueberry atau boleh juga gunakan kaya untuk lebih mudah.

Saya harap perkongsian resepi buat dorayaki ni dapat memberikan manfaat kepada korang semua. Saya ucapkan selamat mencuba dan selamat menjamu selera!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open