Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Kuih Talam Ubi Kanda 3 Lapis Yang Memang Sedap. Cantik Memikat Hati!
Resepi kuih muih hari ini adalah menggunakan ubi kayu sebagai bahan utamanya. Resepi talam ubi kanda nama diberi. Ianya merupakan kuih tradisional yang mempunya 3 lapisan yang berlainan warna.
Bahagian luarnya disalut dengan kelapa parut yang diperisakan dengan sedikit garam. Ubi kayu akan diparut dan diperah airnya. Kuih ini tidak menggunakan tepung sama sekali, tetapi menggunakan serbuk agar agar.
Kuih ini juga boleh dicampurkan sagu dalam adunannya. Ada juga yang menjadikan lapisan atas dan tengah menggunakan ubi kayu manakala lapisan bawah pula menggunakan sagu.
Pelbagai jenis resepi kuih talam yang kita ada. Ada yang menggunakan beras pulut, ada yang menggunakan sagu dan ada juga yang menggunakan ubi kayu. Setiap resepi ini mempunyai keenakan dan penggemarnya yang tersendiri.
Untuk resepi kuih talam ubi kayu ini, anda boleh follow resepi yang dikongsikan oleh Cik Puan Faridzoh Abd Rahman. Pasti puas hati dengan hasilnya. apatah lagi bila sudah disalut dengan kelapa parut. Rasa lemak manis je kuih ni.
RESEPI TALAM UBI KANDA
Terima kasih juga diucapkan kepada Cik Puan Faridzoh kerana sudi berkongsi resepi ini di Facebook. Mesti ramai juga antara kita yang menggelar kuih ini sebagai kuih ‘traffic light’ kan. Maklumlah warna seakan traffic light.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan A :
- 1 kilo Ubi Kayu (diparut dan diperah airnya)
- 3 cwn Santan Pekat
- 2 1/2 cwn Santan Cair
- Esen Pandan
- 2 cwn Gula
- Sedikit Garam
- 1 sk serbuk agar agar
Bahan B :
- Kelapa parut
- Garam
CARA PENYEDIAAN TALAM UBI KANDA :
▶️ Gaul sebati semua bahan A. Kalau tak cukup manis tambah gula sikit lagi.
▶️ Bahagi kepada 3 bahagian. Guna mangkuk je senang dan letak sama banyak.
▶️ Lapisan 1 diwarnakan hijau, lapisan 2 diwarnakan kuning dan lapisan 3 pula diwarnakan merah (perisa ros).
▶️ Panaskan kukusan. Sapu loyang 9 inci dengan minyk. Lapik plastik untuk mudah diangkat.
▶️ Tuang lapisan hijau dahulu kedalam loyang dan kukus 15 minit.
▶️ Kemudian, masukkan pula lapisan kuning dan kukus juga 15 minit.
▶️ Terakhir sekali, masukkan lapisan merah dan kukus lagi selama 30 minit.
▶️ Dah masak angkat. Kalau tak cukup masak tambah lagi masa mengukus. Tunggu sejuk baru potong.
▶️ Kukus kelapa parut putih. Gaul garam sedikit. Potong kuih dan gaulkan dengan kelapa parut. Siap!
BACA JUGA: Suka Sangat Dengan Sambal Garing Ikan Bilis? Jom Kita Follow Resepinya Disini!
Selain dihidang buat kudapan minum petang, kuih ini sering menjadi pilihan buat para tetamu yang datang kekenduri kendara. Tekstur kuih ini sedikit kenyal. Bila disalut kelapa parut pula rasa lemak manis terus terasa. Sedap sangat!
Penggunaan esen vanila bukanlah wajib. Tapi bila diletak bau kuih akan lebih wangi. Selain dijadikan minum petang, kuih jenis ini juga boleh kita temui terjual digerai tepi jalan atau kedai makan diwaktu pagi. Ianya juga sesuai dijadikan sarapan pagi anda.
Mudah sangatkan cara penyediaannya. Dah boleh buat secara homemade tak perlu beli diluar lagi. Semoga resepi kuih talam ubi kanda ini bermanfaat buat anda semua. Selamat mencuba!