Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Kuih Talam Nyonya Yang Lemak Manis Dan Sedap. Anda Wajib Cuba!

0 3,364

Resepi kuih talam nyonya merupakan satu kuih tradisional yang mudah dibuat. Apa saja jenis kuih tradisional pasti menjadi rebutan ramai. Kuih talam nyonya ini juga sangat sesuai dijadikan juadah minum petang anda bersama keluarga.

Kuih talam menggunakan tepung ang kwe sebagai bahan utamanya. kuih ini dibuat dengan dua adunan seperti adunan berperisa pandan dan juga adunan santan. Ianya boleh dimasak serentak sebelum dimasukkan kedalam loyang.

Kedua adunan ini akan dituang secara berselang seli untuk mendapatkan bentuk seakan marbel. Untuk mendapatkan kuih talam nyonya yang mempunyai dua lapis pula lain caranya.

Walaupun menggunakan adunan yang sama, tetapi setiap lapisan perlulah dimasak secara berasingan. Lapisan pertama dimasak dan dikukus terlebih dahulu sebelum memasukkan adunan yang kedua dan dikukus sekali lagi.

Untuk mendapatkan tekstur kuih talam nyonya yang cantik, adunan yang dimasak perlu ditapis terlebih dahulu sebelum dimasukkan kedalam loyang. Resepi ini telah dikongsikan oleh Cik Puan Norfazida Gda melalui laman facebooknya.

 

RESEPI TALAM NYONYA 

Nak tahu bagaimana cara penyediaan kuih talam nyonya? Jom ikuti resepinya disini. Memang puas hati. Yang pastinya ini adalah salah satu resepi kuih talam nyonya yang berlemak manis dan cukup sedap.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan adunan hijau :
  • 1 cawan tepung ang kwe/ hoen kwee
  • 1 cawan gula
  • 4 cawan air
  • 2 cawan air pandan (blend 5 helai pandan)
  • Sedikit pewarna hijau

 

Bahan adunan putih :
  • 1 cawan tepung ang kwe/hoen kwee
  • 1 cawan gula
  • 3 cawan santan
  • 3 cawan air
  • 1/2sk garam

CARA PENYEDIAAN TALAM NYONYA :

▶️ Campurkan bahan adunan hijau dan adunan putih dalam kuali atau periuk berasingan. Kacau sebati. Masak serentak hingga pekat.

▶️ Sendukkan adunan hijau dan putih ke dalam bekas atau acuan secara berselang seli hingga habis.

▶️ Sejukkan selama beberapa jam sebelum dipotong dan dihidangkan. Siap!

 

BACA JUGA: Resepi Char Kuey Teow Penang Yang Mudah Dan Sedap. Tak Cukup Sepinggan Dibuatnya!

 

Mudahnya! Wajib sejukkan dulu ye sebelum dipotong. Sebab kuih talam nyonya kali ini tidak menggunakan kaedah kukus yang mana ianya cuma perlu dimasak sehingga pekat dan disejukkan sahaja.

Kuih ini juga sering kali dijual digerai tepi jalan diwaktu pagi. Ianya boleh dijadikan menu sarapan pagi dan dijadikan bekalan ketempat kerja. Yang tak sempat buat sarapan pagi, mesti beli kuih ni di gerai tepi jalan.

Kuih talam nyonya ini juga boleh dijadikan pemanis mulut dikenduri kendara. Pasti menjadi perhatian. Semoga resepi kuih talam nyonya yang lemak manis ini bermanfaat buat anda semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open