Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

 Resepi Telur Itik Masak Lemak Kuning. Makan Dengan Nasi Putih Panas-Panas Memang Terangkat Dibuatnya!

0 240

Ada tak kat sini penggemar telur itik? Haa, ni resepi telur itik masak lemak kuning untuk korang. Makan dengan nasi putih panas-panas boleh terangkat la dibuatnya! Resepinya sangat simple, mudah dan semestinya sedap.

Telur itik ni boleh di masak pelbagai. Contohnya telur itik goreng, masak lemak, masak merah dan macam-macam lagi. Paling sedap kalau buat jeruk telur masin. Memang berebut semua nak makan. Sebijik tak cukup tau. Lagi-lagi makan bahagian kuning tu.

Kolestrol telur ni tak payah cakap la memang tinggi. Tapi yang tinggi tu la yang sedap makan. Ingat lagi masa duduk hostel dulu. Bila ada telur masin, terus jadi budak baik sebelah makcik dewan makan. Tak nak dah lauk lain, nak telur masin dengan kuah sayur pun dah cukup. Tapi telur masin sebijik.

Banyak sangat cerita aku ni, tak jadi pulak kita nak try resepi telur itik masak lemak kuning dari Cik Puan Mariana Zainal ni nanti. Nampak sangat menarik! Yang ni bukan masak lemak cili api ye. Jangan salah pulak.

Cara masak telur itik ni pun lain sikit ye. Tak rebus sebijik-sebijk. Tapi kena masak dalam air yang di campur cuka. Nak tahu bagaimana caranya? Korang kena follow rapat resepi ni sampai habis.

 

RESEPI TELUR ITIK MASAK LEMAK KUNING

Tak nak buang masa lagi. Apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaan telur itik masak lemak kuning ni. Sekali cuba, pasti korang nak lagi.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :  
  • 5 biji telur itik (nak letak lebih pun boleh)
  • 2 sdb cuka
  • 1/2 periuk kecil air
  • 1 biji kelapa parut (kisar dengan 3 cawan air, perah amik santannya)
  • 1 batang serai diketuk
  • 1 sdt membukit garam (sila tambah jika kurang)
  • 1/2 sdb gula
  • 1 keping asam keping
  • Sedikit bahan perasa jika perlu

 

Bahan-bahan kisar : 
  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • Sedikit ubi kunyit (kalau takde, boleh letak serbuk kunyit sikit)
  • 10 biji cili padi (suka pedas sila tambah)
CARA PENYEDIAAN TELUR ITIK MASAK LEMAK KUNING : 

▶️ Didihkan air dan cuka. Bila air dah mendidih ganas, perlahankan api.

▶️ Pecahkan telur ke dalam periuk dan biarkan hingga masak. Angkat dan toskan.

▶️ Ulang step yang sama sampai semua telur siap di masak.

▶️ Seterusnya, proses nak masak lemak kuning. Satukan bahan kisar, santan, serai, asam keping, gula dan garam.

▶️ Renehkan guna api sederhana perlahan, kacau selalu jangan sampai pecah santan. Kena sabar masa ni tau.

▶️ Bila dah mula nak mendidih, masukkan telur itik.

▶️ Masak lagi dalam 2-3 minit sesuaikan rasa. Siap untuk dihidang!

 

BACA JUGA : Cempedak Goreng Rangup Untuk Minum Petang! Rangup Krup Krap Walaupon Sejuk!

 

Actually, kat dalam hidangan ni korang nak masukkan suhun, fucuk atau kentang pun boleh. Nak layan ratah telur macam tu tanpa nasi pun boleh. Memang sedap sangat telur itik masak lemak kuning ni. Rugi korang tak cuba!

Korang yang ada pelihara itik kat rumah mesti syok kan. Senang je nak makan telur itik. Kat luar telur ni mahal juga. Lagi-lagi bila dah jeruk jadi telur masin. Telur ni makan sorang satu pun dah kenyang, sebab telur itik kan besar.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Mariana Zainal kerana sudi berkongsi resepi telur itik masak lemak kuning ini di Facebook. Korang yang tak pernah cuba boleh la buat kat rumah nanti. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open