Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Masak Kailan Goreng Ikan Masin Yang Semestinya Menjadi Kesukaan Ramai. Mudah Je Dan Pastinya Sedap!

0 1,373

Menu kailan goreng ikan masin ini pasti menjadi pilihan setiap orang yang berkunjung ke restoran thai. Masakan thailand seperti ini memang menjadi makanan kesukaan ramai. Sayur kailan ini dikatakan mempunyai khasiat yang baik untuk kesihatan tubuh.

Kailan adalah sayuran yang mempunyai kadar nutrien yang tinggi seperti beta karoten, vitamin k, vitamin c dan kalsium yang tinggi. Dengan itu, kailan berfungsi sebagai antioksidan semula jadi dan anti inflamasi untuk tubuh kita.

Antara kebaikan kailan pada tubuh kita adalah kailan dapat mengurangkan risiko kanser, mengurangkan kolestrol, membantu menjaga kesihatan kulit dan sangat sesuai pada wanita hamil. Wah! Banyak kan khasiat kailan ini.

Apa kata anda mencuba resepi kailan goreng ikan masin ini dirumah dengan merujuk kepada resepi yang dikongsikan oleh Cik Puan Liza Idris melalui laman facebooknya. Cara masak resepi ini sangatlah mudah dan sudah pasti anda mampu memasaknya.

Cara memasak sayur kailan ini memang terkenal dengan campuran ikan masin. Anda boleh saja menggunakan apa-apa jenis ikan masin yang anda suka. Pasti aroma ikan masin ini mampu membuka selera anda.

 

RESEPI KAILAN GORENG IKAN MASIN

Kepada yang nak mencuba resepi ini sendiri di rumah, apa kata anda follow langkah-langkah penyediaannya seperti dibawah ini. Masak sendiri lebih puas hati.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 1 ikat sayur kailan
  • Ikan masin segenggam kecil
  • 1/2 biji bawang holand
  • 4 biji bawang putih diketuk hancur
  • 3 biji cili padi
  • 1 biji cili merah
  • 3 sudu sos tiram
  • 2 sudu kicap
  • 1 sudu besar tepung jagung

CARA PENYEDIAAN KAILAN GORENG IKAN MASIN :

▶️ Panaskan minyak dan goreng ikan masin dahulu.

▶️ Masukkan bawang putih dan cili padi.

▶️ Ikan masin dah agak garing, masuk bawang holland. Nak guna bawang merah pun boleh.

▶️ Masukkan pula kicap dan sos tiram. Gaul mesra dalam kuali.

▶️ Kemudian, masukkan batang kailan yang siap diketuk batangnya supaya lembut. Teruskan gaul sehingga batang kailan ikan masin itu betul-betul lembut.

▶️ Masukkan 1 cawan air.

▶️ Seterusnya, masukkan cili merah. Kacau sebati.

▶️ Masukkan pula tepung jagung yang dibancuh. Tujuannya untuk pekatkan kuah.

▶️ Terakhir sekali, masukkan sayur kailan dan kacau sampai daun layu.

 

BACA JUGA: Cara Buat Kuih Peneram Guna 4 Bahan Je. Pastinya Gebu Didalam Dan Rangup Diluar!

 

Siap untuk dihidang bersama lauk pauk yang lain. Biasanya garam tidak lagi diperlukan dalam masakan ini kerana penggunaan ikan masin sudah mampu mencukupkan rasa masin pada sayur.

Tapi kalau tak cukup masin, anda boleh tambahkan sedikit garam. Mudah sangatkan cara masak kailan goreng ikan masin ni. Bak kata Cik Puan Liza kita, benda boleh masak buat apa nak beli kan.

Memasak ni tak susah mana pun, yang penting kita ada keinginan untuk mencuba. Bila masak sendiri ni terasa puas berbanding kita membeli di luar. Semoga resepi kailan goreng ikan masin ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open