Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Kerabu Perut Kelantan Yang Sedap. Makan Ratah Je Pun Boleh Licin Sepinggan Dibuatnya!
Ramai tak peminat kerabu kat sini? Pernah tak cuba kerabu perut Kelantan? Resepi kerabu perut kali ini lain dari yang biasanya. Nak makan ratah macam tu pun boleh licin pinggan dibuatnya. Memang sedap!
Pelbagai jenis kerabu boleh dihidangkan. Untuk kerabu versi Kelantan ini menggunakan perut sabagai bahan utamanya. Perut perlu direbus terlebih dahulu menggunakan asam keping dan garam sebelum dihiris nipis.
Bahan lain seperti sayur kacang panjang, mangga lemak, isi kelapa sangai juga diperlukan. Bahan tambahan lain pula iaitu penggunaan ikan selayang atau ikan sardin. Ambil isinya sahaja dan pastikan direbus terlebih dahulu.
Kerabu perut Kelantan juga boleh menggunakan buah machang atau buah beka. Dimana ianya akan di layur atas bara api terlebih dahulu sehingga kulit luar hangus. Kemudiannya, dihiris nipis dan dicampur dengan bahan yang lain.
Resepi kerabu perut ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna facebook iaitu Cik Puan Afy AL Habibi. Ramai memberi komen yang kerabu perut ini sedap sangat. Pasti dah ramai yang tak sabar nak tahu bagaimana cara penyediaannya kan.
RESEPI KERABU PERUT KELANTAN
Kerabu mempunya rasa yang lengkap dengan masam, manis dan pedas. Bila ditambah dengan mengga lemak yang separuh masak lagi padu rasanya. Jom kita lihat bahan-bahan yang diperlukan.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan rebus :
- Perut (direbus dengan asam keping dan garam dan dihiris nipis)
- 9 ekor ikan selayang/ sardin sederhana besar (direbus)
Bahan kisar :
- 6 biji bawang merah
- 1 ulas bawang putih
- 1/2 sudu kecil lada hitam
- 1 sudu kecil garam(atau secukupnya)
- 1 sudip gula
- Secubir perisa Knorr
- Sedikit air rebusan perut
Bahan lain :
- Santan pekat dari 1/2 biji kelapa
- Sedikit air panas
- 2 sudip air rebusan perut
- Sedikit asam limau
- 2 batang cili merah tanpa biji (dihiris)
- 1 labu bawang Holland (dihiris)
- 15 batang kacang panjang (dihiris)
- 2 biji mangga lemak yang belum masak (disagat)
- Sedikit daun kesum
- Buah machang/ buah beka (dilayur dan dihiris nipis – Optional)
- 1/2 biji kelapa isi putih (disangai dan dikisar separa halus)
CARA PENYEDIAAN KERABU PERUT KELANTAN :
▶️ Bahan utama adalah perut. Rebus perut dengan asam keping dan garam secukupnya. Bila dah empuk, hiris nipis-nipis.
▶️ Kisar semua bahan yang perlu dikisar dengan menggunakan sedikit air rebusan perut.
▶️ Satukan perut, kacang panjang dan mangga yang telah disagat tadi. Boleh je guna kacang panjang sepenuhnya. Kena campur dengan sedikit daun kesum untuk menaikkan aromanya.
▶️ Campurkan juga isi ikan selayang atau ikan sardin yang direbus. Seterusnya masukkan kelapa. Satukan kesemu bahan.
▶️ Masukkan pula bahan yang telah dikisar tadi.
▶️ Masukkan juga santan pekat. Boleh campurkan sedikit air panas atau panaskan seketika santan untuk tahan lama. Jangan sampai pecah minyak. Sejukkan seketika sebelum dituang.
▶️ Masukkan juga 2 sudip air rebusan perut untuk menaikkan rasa.
▶️ Perahkan sedikit asam limau. Nak lagi sedap guna asam limau kerat lentang. Gaul sekata.
▶️ Selepas rasa masam, manis dan masin dah cukup, taburkan cili merah dan bawang holland yang dihiris tadi.
▶️ Siap untuk dihidang!
BACA JUGA: Resepi Kuih Bidaran Inti Kacang Hijau Yang Lembut Dan Sedap. Rugi Sangat Tak Cuba!
Wow! nampak berlemak dan menyelerakan. Padu dengan pelbagai bahan. Nak cuba kerabu perut yang power macam ni? Ikuti cara-cara penyediaannya disini. Sekali cuba pasti nak lagi. Nak ratah macam tu je pun sedap sangat!
Menurut Cik Puan Afy, resepi ini 100% menggunakan resepi mak. Bila makan esok rasa teringat-ingat lagi kerabu ni. Penggemar kerabu pasti dah tak sabar nak cuba kan? Jangan bimbang pelbagai jenis kerabu ada diblog ini. Search dan cuba je.
Orang Kelantan memang suka kerabu perut ni. Tak dapat balik kelantan? jangan bimbang. Boleh buat secara homemade dah lepas ni. Semoga resepi kerabu perut Kelantan ini bermanfaat buat anda semua. Selamat mencuba!