Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Buat Sambal Ayam Penyet Padu. Sekali Rasa Jer Comfirm Akan Suka!

Sambal ayam penyet
0 2,208

Korang suka makan ayam penyet? Haa kalau suka, resepi ni memang untuk korang tau. Boleh simpan dan buat lagi dan lagi. Resepi Sambal Ayam penyet yang sedap dan mudah nak buat.

Sebenarnya dalam set makanan ayam penyet ni, ada beberapa faktor yang perlu kita tengok dan perhatikan untuk dapat rasa ayam penyet yang sedap dan marvellous.  Bukan semua ayam penyet sedap, bukan semua kedai buat menjadi.

Antara part penting dalam set nasi ayam penyet adalah terletak pada sambalnya. Tanpa sambal yang sedap, boleh jadi tak berselera tau nak makan atau habiskan. Sambal kurang rasa, tak pedas, terlebih bawang, terlebih cili, cili kurang masak.

Haa, jadi kena hati-hati terutama sekali kalau kita ni merupakan seller atau penjual makanan sebegini. Risau rosak reputasi diris sendiri nanti tau.

Resepi ni dikongsikan oleh Cik Puan Aisyah Abdullah melalui facebook beliau di dalam Group MAHN. Bila tengok dia buat, rasa macam tak sabar pulak nak makan!

 

RESEPI SAMBAL AYAM PENYET

Resepi sambal yang dikongsikan Cik Puan Aisyah atau lebih mudah dikenali sebagai mak ngah ni, sesuai juga dibuat makan dengan ulam dan juga ikan bakar.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 5-6 ketul bawang merah
  • 1 labuh bawang putih
  • 3 biji bawang besar ( saiz besar)
  • 4 biji tomato
  • 4 batang cili hijau
  • 4 batang cili merah
  • 5-10 biji cili padi ( ikut kepedasan kita suka)
  • Sedikit belacan

CARA PENYEDIAAN SAMBAL AYAM PENYET :

▶ Panaskan kuali, dan tuang sedikit minyak.

▶ Tumiskan dulu bawang merah kecik ( tak potong ), bawang putih dan juga bawang besar ( potong kasar). Goreng sekejap je sampai sedikit layu.

▶ Bila bawang dah layu, masukkan cili padi dan cili besar merah serta cili bersar hijau. Kacau dan masak lagi sampai layu.

▶ Bila kesemuanya sudah layu, padamkan api.

▶ Masukkan dalam blender dan kisar separa hancur. Jangan terlalu hancur ye. Jika rajin boleh gunakan lesung batu atau food processor. Jangan luoa masukkan sekali belacan ye.

▶ Seterusnya, tuang kembali ke dalam kuali tadi dan masak sampai pecah minyak.

▶ Masukkan juga tomato dan masak sampai tomato layu. Kemudian masukkan bahan perasa seperti garam dan serbuk perasa.

▶ Bubuh sedikit gula untuk imbangkan balik rasa. Kacau sekejap je dalam 2-3 minit, boleh tutupkan api.

▶ Sambal ni, kalau tak nak terlalu pekat boleh tambah sedikit air.

▶ Siap dan sedia untuk dihidangkan!

 

BACA JUGA: Tak Puas Makan Chezzy Wedges KFC, Jom Cuba Buat Sendiri Puas Dapat Makan Banyak!

 

Waah, betul-betul senang rupanya nak buat sambal ayam penyet ni. Dan memang betul, bukan boleh buat ayam penyet je, tapi boleh buat sebagai sambal cicah dengan ulam. Memang ramai yang sukakan.

Sebelum ni pernah juga buat yang orang lain kongsikan, tapi ada sahaja yang kurang dan mencacatkan rasa.  Tapi kali ni, cuba sekali buat, semua orang suka. Makan dengan ayam penyet, atau pecel lele, ikan kembung dan bawal. Semuanya boleh.

Bestkan bila dah tahu satu resepi baru. Sesuai untuk yang baru nak belajar buat sambal ayam penyet, boleh ikut resepi ni. Confirm menjadi dan sedap. Saya ucapkan selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open