Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Udang Masak Berempah Yang Paling Simple Dan Sedap. Campak-Campak Je Siap!
Korang masak lauk apa tengahari ni? Ada yang terasa nak makan udang tak? Ha, apa kata korang buat udang masak berempah ni. Sedap weh! Campak-campak je semua bahan dah siap. Tak renyah pun cara penyediaannya.
Orang kata resepi campak-campak tu lah yang paling sedap. Korang yang duduk sorang-sorang kat rumah tu, tak kan asyik nak makan telur atau beli makanan kat luar kan. Cuba try buat resepi ni. Confirm bertambah-tambah nasi dibuatnya!
Udang yang di gunakan kena lah fresh. Barulah tak spoil mood nak makan nanti. Udang yang fresh ni susah nak buat kita alegik. Basuh bersih dulu dengan garam kasar. Jangan lupa buang juga najis kat belakang udang tu. Jangan main masak je tau.
Resepi udang masak berempah ni dimasak menggunakan serbuk cili, beberapa jenis sos dan rempah kari. Boleh di masak kering, boleh juga di masak berkuah. Korang cuba tengok resepi yang di kongsikan oleh Cik Puan Natasha Qalisya ni.
Resepi ni bukan biasa-biasa tau! Campak-campak pun boleh viral sampai 10k share. Fuh! Mantap. Udang ni memang sedap di masak pedas, berempah macam ni. Ala-ala masak sambal gitu. Ratah macam tu pun dah sedap. Tak cukup sepinggan dibuatnya!
RESEPI UDANG MASAK BEREMPAH
Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan memasak yang diperlukan kat bawah ni. Sukatan bahan ni adalah untuk 1/2 kg udang. Nak kurangkan atau tambah, boleh adjust ikut suka.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 1/2 kg Udang
- 2sudu besar rempah kari babas Ayam/ikan.
- 2sudu besar serbuk cili
- 2sudu besar sos cili
- 1sudu besar sos tiram
- 1sudu besar Kicap ABC
- 1sudu kecik lada hitam
- Sedikit garam & perencah secukup rasa
- Daun kari 1/2 pelepah
- Bawang putih& bawang merah (dipotong)
- Sedikit air kosong
- Minyak untuk menumis
CARA PENYEDIAAN UDANG MASAK BEREMPAH :
▶️ Panaskan minyak dan masuk semua bahan-bahan rempah dan souse kat atas tu.
▶️ Masak sampai pecah minyak dan tambah air sedikit je.
▶️ Bila dah pecah minyak, baru masukkan udang.
▶️ Perasakan dengan garam dan serbuk secukup rasa. Masak sampai kering sikit & tutup api.
▶️ Siap untuk dihidang!
BACA JUGA : Resepi Nasi Kapit Atau Impit Sambal Hitam. Buat Sarapan Pun Boleh. Sedap Sangat!
Semudah ABC! Campak-campak je dah siap lauk udang masak berempah kita. Kalau suka kuah boleh tambah lebih air. Matchkan dengan ulam-ulam dan telur dadar dah sedap sangat weh. Patutlah resepi ni viral. Tengok gambar pun dah terliur nak makan.
Untuk pengetahuan Cik Puan Natasha Qalisya ni memang gemar berkongsi resepi masakan di Facebook. Ada macam-macam juga jenis resepi yang ada. Korang boleh ushaa dulu, kot nak try resepi lain. Korang masuk je wall Facebook Cik Puan Natasha Qalisya kita ni.
Ribuan terima kasih di ucapkan kepada beliau, kerana sudi berkongsi resepi udang masak berempah yang simple dan sedap ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!