Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Nasi Kapit Atau Impit Sambal Hitam. Buat Sarapan Pun Boleh. Sedap Sangat!
Pernah dengar tak nasi kapit? Nama lainnya di panggil sebagai nasi impit. Nasi ni bukan takat makan dengan sate, lontong dan kuah kacang ye. Makan dengan sambal hitam pun boleh. Sedap weh! Jom follow resepi nasi impit sambal hitam kat sini. Rugi sangat kalau tak cuba!
Biasanya nasi kapit atau nasi impit ni di hidang bila Hari Raya. Tapi hari biasa nak makan pun boleh. Mesti ada yang tertanya-tanya macam mana nak buat sambal hitam ni kan? Sebut pasal sambal, terbayang teksturnya yang basah. Tapi, kat sini tekstur sambal hitamnya kering.
Nasi impit tu korang boleh masak macam biasa. Guna je nasi impit Adabi tu. 1 pek ada 30 ketul. Banyak sangat dah tu! Untuk sambal hitam ni pula, korang perlu sediakan ikan selayang dan kelapa parut. Sambal ni akan di masak dengan Bahan kisar seperti bawang, serai dan halia.
Ditambah pula pedasnya dengan campuran cili padi kisar dan lada hitam. Warna sambal ni akan kemerahan. Sebab di campur dengan gula nisan. Cantik sangat teksturnya. Korang boleh makan sambal ni dengan nasi impit untuk sarapan pagi. Sedap ye! Nak campur dalam nasi pun boleh.
Resepi nasi impit sambal hitam ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Encik Muliadi Ramli. Boleh simpan dalam bekas dan letak dalam peti supaya sambal tahan lama. Bila-bila korang Nak Makan terus boleh ambil je dan campur dalam nasi impit atau nasi putih.
RESEPI NASI KAPIT ATAU IMPIT SAMBAL HITAM
Bahan yang digunakan dalam penyediaan sambal hitam ni takde lah renyah sangat. Cuma nak rebus ikan dan asingkan dengan tulang tu je ambil masa sikit. Jom kita lihat satu persatu bahan-bahan memasak yang diperlukan kat nbawah ni. Tak rugi korang cuba!
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan A :
- Nasi Impit Adabi 1 pek (30 ketul)
Bahan B : Sambal Hitam
- 8 ekor Ikan selayang
- 1 biji Kelapa parut
Bahan kisar halus :
- 5 biji bwg merah
- 3 ulas bwg putih
- 1 inci halia
- 4 btg serai
- 2 sb lada hitam
- 5 biji cili padi (tak suka padas, tak payah letak)
* Kisar halus semua bahan di atas
Bahan lain :
- 1 kpg Nisang
- Garam
- Perasa
CARA PENYEDIAAN NASI KAPIT ATAU IMPIT SAMBAL HITAM :
▶️ Ikan selayang 8 ekor disiang bersih. Kemudian, direbus dengan asam keping dan garam. Diasingkan isi dari tulang.
▶️ Kemudian, ditumbuk isi ikan. Guna lesung batu atau nak blender pun boleh dan ketepikan.
▶️ 1 biji kelapa parut disanggai dengan api kecil dalam kuali hingga menjadi keperang- perangan atau hampir coklat gitu. Jaga-jaga jangan sampai hangus, nanti pahit sambal kita.
▶️ Mesti selalu kacau dan dibalik- balikkan. Apabila kelapa sudah keperangan, keluarkan dari kuali dan sejukkan.
▶️ Apabila dah sejuk, boleh dikisar atau tumbuk bagi kelapa jadi halus. Nanti keluarkan minyak dan ketepikan.
▶️ Masukkan nisan dalam kuali. Tambah air rebusan ikan untuk cairkan nisan. Kemudian, masukkan bahan kisar halus tadi. Masak bagi mendidih!
▶️ Masukkan isi ikan yang dah ditumbuk tadi, masak sampai hampir kering bahan tersebut. Kena kacau selalu untuk elak hangus.
▶️ Boleh dah tambah garam dan perasa. Apabila dah kering, boleh masukkan kelapa yang kita dah kisar tadi.
▶️ Masak sampai kering. Kalau yang suka lembab-lembab sikit, tak payah masak sampai kering. Gaul dan kacau elak hangus.
▶️ Ok siap! Boleh dihidangkan dengan nasi impit.
BACA JUGA : Menu Orang Dulu-Dulu, Pisang Muda Masak Lemak Cili Api Campur Bilis & Tempoyak. Nostalgia Sangat!
Rasa sambal macam beli kat luar weh! Boleh buat banyak mana korang nak. Saya pun baru tahu cara masak sambal hitam ni menggunakan ikan. Sambal ni boleh je di masak lembab kalau nak. Tapi, bila kering lagi tahan. Sebab sambal ni menggunkan kelapa.
Pastikan sepanjang masak sambal ni korang sentiasa kena gaul. Sebab kalau biarkan lama sikit, sambal akan hangus. Rasanya boleh spoil bila nak makan nanti. Sentiasa gaul, barulah sambal masak dengan perfect dan sedap.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Encik Muliadi Ramli kerana sudi berkongsi resepi nasi kapit atau nasi impit sambal hitam ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!