Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Buat Char Kuey Teow Kerang Yang Paling Simple. Makan Dengan Cili Jeruk Lagi Sedap!

0 1,783

Ada tak kat sini penggemar char kuey teow kerang? Sudah tentu ramai penggemarnya. Kuey teow boleh dibuat dengan pelbagai cara. Terpulang pada citarasa masing-masing. Ianya juga sangat mudah disediakan.

Selain menggunakan kerang, char kuey teow juga boleh dihidang dengan ayam dan juga seafood. Sedap sangat bila dimakan dengan jeruk cili ketika panas-panas. Kuah char kuey teow yang pekat semestinya adalah hidangan yang paling sedap.

Selain dimakan dengan jeruk cili. Char kuey teow juga lebih sedap dimakan dengan perahan limau. Boleh terangkat dibuatnya! Sejak-sejak tak dapat keluar rumah ni, char kuey teow pun dah kena buat sendiri di rumah hihi.

Peniaga kedai makan dah tak boleh berniaga waktu malam sejak pkp ni. So, kita pun memang dah tak pernah makan kat luar lagi. Biasanya musim bola hari tu, kedai mamak dan mana-mana kedai makan memang penuh lah sampai ke pagi.

Time tu lah boleh layan char kuey teow ni. Balik rumah nanti, bini tarik telinga lah kan. Gurau je. Tak nak buang masa lagi, jom kita follow resepi char kuey teow kerang yang dikongsikan oleh Cik Puan SuiSan Aliezsha. Confirm licin sepinggan!

 

RESEPI CHAR KUEY TEOW KERANG 

Sebelum tu, kita ucapkan ribuan terima kasih kepada beliau kerana sudi berkongsi resepi ini di Facebook. Ramai sungguh yang like dan share resepi ni. 5.6K share tu tak sikit tau. Itu telah membuktikan, begitu ramai penggemar char kuey teow ini.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • Kuey teow (dicuci dan ditoskan)
  • Cili kering (dikisar)
  • Bwg besar (dikisar)
  • 1 sudu besar Sos cili
  • 5 sudu Kicap manis
  • Kicap pekat
  • Sos tiram
  • Bwg putih (diketok)
  • Taugeh & kucai
  • Telor
  • Udang (direbus dan diasingkan airnya)
  • Kerang (direbus)

CARA PENYEDIAAN CHAR KUEY TEOW KERANG :

▶️ Panaskan kuali. Masukkan minyak yang lebih sikit supaya bila nak masukkan telur nanti, kuey teow tak bantat.

▶️ Tumis bawang putih. Kemudian, masukkan udang, 3 sudu besar cili kisar, sos cili, sos tiram dan kicap pekat.

▶️ Masukkan pula 5 sudu kicap manis, sedikit garam dan kacau rata semua bahan.

▶️ Masukkn air rebusan udang dan pecahkan telur. Kacau dan sebatikan.

▶️ Seterusnya masukkan kerang, kuey teow, taugeh dan kucai. Pastikan guna api yang besar ye. Macam cara masak kat kedai tu. Kemudian, tutup api.

▶️ Siap untuk dihidang!

 

BACA JUGA: Resepi Sotong Stim Limau Ala Thai Yang Mudah Dan Sedap. Cukup Dengan Rasa Pedas, Masam Dan Manis!

 

Okey, untuk mereka yang alergik pada seafood digalakkan untuk anda menggantikan kerang dengan ayam. Lebih selamat untuk anda. Pastikan char kuey teow yang siap terus dimakan. Takut kembang dan tak sedap jadinya.

Kepada mereka yang tak gemar nak makan nasi waktu malam, apa kata anda mencuba resepi ini untuk hidangan makan malam anda. Masak sepinggan pun boleh kenyang dibuatnya.

Kalau dah rindu nak makan char kuey teow kat kedai, bolehlah lunaskan craving dengan mencuba resepi ini dirumah. Confirm puas hati dengan hasilnya! Semoga resepi char kuey teow kerang ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open