Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Sotong Stim Limau Ala Thai Yang Mudah Dan Sedap. Cukup Dengan Rasa Pedas, Masam Dan Manis!

0 79

Pernah cuba resepi sotong stim limau ala Thai tak? Resepi ini sangat mudah dibuat. Ianya juga dihidang sihat dan tidak menggunakan minyak sama sekali. Yang mana, sotong hanya perlu dikukus sehingga masak dan dihidang bersama sos.

Hidangan ini cukup dengan rasa pedas, masam dan juga manis. Sedap sangat! Sos yang digunakan untuk di curah pada sotong stim ini boleh digunakan dalam penyediaan ikan siakap stim limau. Tak terkata sedanpnya!

Bosan juga asyik makan sambal sotong dan sotong goreng tepung. Sekali sekala kita buat hidangan Thai yang sedap macam ni seronok juga kan. Makanan pun lebih sihat dari bergoreng-goreng ni.

Apa saja jenis sotong yang anda gunakan adalah wajib untuk anda menyediakan sotong yang fresh. Barulah rasa sedap bila dimakan nanti. Kalau tak nak makan dengan nasi putih, lauk sotong stim ini juga boleh diratah begitu saja.

Untuk anda yang belum pernah mencuba resepi ini dirumah, apa kata anda ikuti perkongsian resepi sotong stim limau ala Thai yang dikongsikan Cik Puan Ayadieeya ini. Confirm anda puas hati dengan hasilnya. 

 

RESEPI SOTONG STIM LIMAU ALA THAI

Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan memasak yang diperlukan dalam penyediaan resepi ini. Dah lengkap semua bahan, bolehlah kita mula memasak. Jom masak stim!

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 1/2 @ 1 kilo Sotong
  • 7-8 ulas Cincang halus bawang putih dalam (letak lebih pun takpe)
  • 8-9 biji Cincang cili (boleh dikurangkan)
  • 3 biji Asam limau nipis
  • Daum ketumbar (dipotong )
  • 1/2 @ 1 Kiub pati ayam
  • 3 sudu besar Kicap sotong
  • 2 sudu besar Gula

CARA PENYEDIAAN SOTONG STIM LIMAU ALA THAI :

▶️ Kukus sotong dalam 7 minit dan jangan letak air. Kukus sehingga masak, kemudian angkat dan ketepikan. Buang air sotong yang keluar masa mengukus tadi.

▶️ Seterusnya, sediakan sos. Panaskan 1 cawan air dan masukkan kiub pati ayam serta gula.

▶️ Tutup api, biarkan sos suam seketika barulah masukkan cili, bawang, asam limau dan daun ketumbar.

▶️ Rasa sikit untuk pastikan sos dah cukup rasa atau pun tidak. Kalau tak cukup masam, tambahkan limau nipis. Kalau tak masin pula, boleh tambahkan sos kicap sotong.

▶️ Perasakan juga dengan gula jika rasanya kurang manis.

▶️ Bila dah cukup rasa, boleh tuangkan sos atas sotong kukus tadi. Siap!

 

BACA JUGA: Cara Buat Jem Rambutan Homemade Tanpa Bahan Pengawet. Sedap Sangat Disapu Dengan Roti!

 

Siap untuk dihidang! Wah, nampak sedap sangat! Kecur air liur dibuatnya. Resepi yang simple, mudah dan cukup sihat tanpa penggunaan minyak. Musim macam ni, kesihatan perlu dititik beratkan.

Kita nak pegi hospital pun kena temu janji tau. Kalau berduit bolehlah terus ke swasta. So, nak sihat wajib jaga pemakanan. Untuk anda yang tak boleh nak makan sotong, boleh cuba gantikan resepi ni dengan ikan siakap. Rasanya memang marvelous!

Tak nak sembang panjang lagi. Untuk mereka yang dah baca, dah bolehlah agaknya untuk anda menyediakan semua bahan-bahan diatas. Cubalah resepi sotong stim limau ala Thai ini untuk hidangan makan malam anda sekeluarga. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open