Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Cookies Ala-Ala Famous Amos Yang Melt Dan Creamy. 90% Rasa Dan Teksturnya Macam Famous Amos!
Dah banyak kali cuba resepi cookies ala-ala Famous Amos tapi tak ada yang menjadi?Jangan bimbang, anda boleh follow resepinya disini hari ini. Rasa dan teksurnya 90% menjadi dan seakan cookies Famous Amos.
Untuk resepi ini, cookies yang dihasilkan juga mempunyai sedikit rasa melt dan sangat craemy. Jadi, untuk mendapatkan cookies yang betul-betul sedap anda wajib menggunakan pure butter dan chocolate chip yang sedikit mahal berbanding biasa.
Untuk pengetahuan semua, ramai sangat orang tak tahu yang resepi cookies Famous Amos menggunakan kelapa parut kering atau kelapa parut disangai dalam adunannya. Ianya merupakan salah satu bahan yang membuatkan rasa cookies menjadi lebih enak.
Untuk mereka penggemar cookies Famous Amos, apa kata follow sebijik-sebijik resepi yang dikongsikan oleh Cik Puan Nur Haziqah ini. Hasilnya sangat puas hati! Menurut beliau, setelah beberapa kali mencubanya barulah terhasil resepi ini.
Sekali cuba pasti nak lagi. Kalau beli di Famous Amos mahu tak mahal harganya. Lebih berbaloi bila buat sendiri secara homemade. Nak buat banyak mana pun puas hati. Anak-anak pun mesti suka berPDPR sambil melayan cookies.
RESEPI COOKIES ALA-ALA FAMOUS AMOS
Musim-musim PKP ni ramai ibu-ibu dah jadi ala-ala chef. Pelbagai resepi yang mereka cuba setiap hari untuk menghilangkan rasa bosan dan melayan kerenah anak-anak. Jadi, tanpa membuang masa lagi jom kita lihat bahan-bahan yang diperlukan.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan A :
- 250gm tartura salted butter (suhu bilik)
- 1/2 cawan minyak jagung/ minyak masak
- 1 1/2 cawan gula perang
- 1 biji telur
- 1 sk butter oil
Bahan B : Diayak
- 4 cawan tepung gandum
- 1 sk soda bicarbonate/ 1 sk baking powder
Bahan C :
- 1 1/2 cawan chocolate chip
- 1/2 cawan badam cincang (disangai)
- 1/2 cawan kelapa parut kering (disangai) *bahan penting
CARA PENYEDIAAN COOKIES ALA-ALA FAMOUS AMOS :
▶️ Satukan bahan A dan gaul sebati.
▶️ Kemudian, campurkan bahan B ke dalam adunan bahan A dan gaul lagi sehingga sebati.
▶️ Masukkan bahan C ke dalam adunan A+B dan sebatikan.
▶️ Tutup adunan dengan plastik dan simpan dalam peti sejuk selama 1 jam.
▶️ Selepas satu jam, cubit adunan sebesar syiling 10 sen ke atas dulang atau ikut size yang anda suka.
▶️ Panaskan oven 160C selama 10 minit. Bakar cookies selama 20-25 minit.
▶️ Sejukkan sebelum disimpan dalam bekas.
BACA JUGA: Resepi Ayam Masak Merah Ala-Ala Kenduri Kahwin. Memang Sedap Dan Pasti Nak Lagi!
Siap untuk dimakan. Adunan yang belum digunakan simpan dalam peti ais. Nak guna baru keluarkan. Cookies ni ada rasa melt sedikit, bila makan akan rasa sangat creamy. Sedap kalau dicicah susu.
Pure butter, butter oil, choc chip mahal dan kelapa parut perlu ada kalau nak dapat bau dan rasa seakan akan Famous Amos. Kalau digantikan dengan bahan yang murah seperti marjerin, choc chip murah memang tak akan dapat rasa seakan Famous Amos.
Butter oil juga perlu dalam cookies ni. Beliau beri tips berdasarkan pengalaman. Nak ubah resepi pun boleh. Tapi rasanya tak tahu lagi. Semoga resepi cookies ala-ala Famous Amos ini bermanfaat buat anda semua. Selamat mencuba!