Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Bubur Sagu Sum Sum Gula Melaka Yang Lemak Dan Lembut. Memang Letop!

0 4,539

Resepi bubur sagu sum sum merupakan manisan tradisional yang digemari ramai. Ianya juga merupaka pencuci mulut yang menjadi idaman setiap kali bulan Ramadhan. Resepi ini menggunaka sirap gula melaka untuk mestabilkan rasa sagu dan juga bubur sum sum.

Kebiasaanya, sagu akan di masak bersama gula melaka yang kita kenali juga sebagai kuih sagu gula melaka. Tapi untuk resepi bubur sagu sum sum ini, dua resepi telah digabungkan menjadi satu. Iaitu bubur sum sum dan juga sagu gula melaka.

Kemanisan gula melaka yang digabungkan dengan adunan tepung beras yang lemak masin setelah dimasak bersama santan telah menghasilkan rasa dan nikmat yang tidak terkata. Ianya cukup menyelerakan. 

Anda perlu mencuba resepi unik yang dikongsikan oleh Cik Puan Noor Lela Abdul Samad. Hidangan ini sesuai di makan sejuk-sejuk.  Memandangkan sekarang bulan ramadhan, hidangan ini sangat sesuai dijadikan hidangan berbuka puasa. 

Yang memilih untuk mencuba resepi ini dan mahu menjualnya di bulan ramadhan, anda boleh mencantikkan bubur sagu sum sum ini dengan mempelbagaikan warna sagu. Mesti lagi ramai yang akan tertarik.

 

RESEPI BUBUR SAGU SUM SUM

Kepada sesiapa yang ada kerajinan, di alu-alukan untuk mencuba resepi ini. Buat sendiri dirumah lebih puas hati kan. Jom follow cara penyediaannya.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan 1 – Lapisan sagu :
  • 1 cawan sagu
  • 3 cawan air
  • 2 titik esen pandan
  • Sedikit pewarna hijau

 

Bahan 2 – Bubur sum sum :
  • 1/2 cawan tepung beras
  • 4 cawan santan
  • Garam secukupnya.

 

Bahan 3 – Sirap gula melaka
  • Sekeping gula kelapa
  • 4 sdb gula pasir
  • 1/2 cawan air
  • 2 titik esen pandan

CARA PENYEDIAAN BUBUR SAGU SUM SUM :
Cara penyediaan lapisan sagu :

▶️ Masak air dengan sagu. Masak sampai mendidih. Kemudian masukkan esen dan pewarna hijau. Kacau sampai jernih.

▶️ Sediakan bekas. Sendukkan sagu ke dalam bekas dan sejukkan.

Cara penyediaan bubur sum sum :

▶️ Satukan semua bahan.

▶️ Sebatikan dan masak hingga pekat dan meletup-letup. Masak guna api sederhana. Pastikan sentiasa dikacau untuk elak dari berketul. Dah elok masak, tutup api.

▶️ Tuang adunan keatas sagu tadi. Sejukkan.

Cara penyediaan sirap gula melaka :

▶️ Satukan semua bahan.

▶️ Kacau sampai semua larut.

▶️ Tutup api, tapiskan dalam bekas dan sejukkan.

 

BACA JUGA: Resepi Ayam Masak Sos Tiram Yang Mudah. Nampak Simple Tapi Memang Sedap!

 

Siap untuk dihidang! Biasanya sirap gula akan dituang dalam bekas bubur sagu sum sum bila nak dimakan nanti. Teksturnya yang lembut bergedik membuatkan hidangan ini sedap dimakan dan sangat menyelerakan.

Kadang-kadang nak beli dekat bazar ramadhan takut tak ngam dengan tekak. Adunan sum sum yang agak keras serta gula melaka yang cair selalunya mendatangkan rasa kecewa. Jadi, dengan adanya resepi yang dikongsikan ini, anda boleh mencubanya di rumah.

Bila dah cuba nanti, bolehlah bagi jiran sebelah rumah rasa pula. Bersedekah di bulan Ramadhan kan lebih baik. Semoga hasil perkongsian resepi bubur sagu sum sum yang lembut bergedik ini memberi manfaat kepada kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open