Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Ayam Masak Sos Tiram Yang Mudah. Nampak Simple Tapi Memang Sedap!

0 3,556

Resepi ayam masak sos tiram? ada tak antara anda semua yang pernah mencuba resepi ni? Resepi ayam masak sos tiram ini sangat simple dan ianya sangat sesuai untuk mereka yang suka dengan hidangan yang kurang pedas.

Kebiasaanya sos tiram akan digunakan dalam masakan seperti sayuran. Ia dijadikan perasa dan untuk memekatkan kuah masakkan. Tetapi, sos tiram juga sesuai digunakan untuk memasak ayam.

Untuk hidangan ayam masak sos tiram cara ini, ayam perlu di perap terlebih dahulu dengan sos tiram dan juga bahan tumbuk seperti bawang dan halia supaya rasa sos tiram dan bahan tumbuk itu masuk kedalam isi ayam sebelum dimasak.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Cik Puan No Or melalui facebooknya. Hidangan ini juga sesuai dihidangkan buat anak-anak kerana rasanya yang kurang pedas. Pasti anak-anak suka.

Ada pelbagai cara memasak ayam masak sos tiram ini. Ada yang perlu menumis dahulu bawang, ada yang menggoreng ayam terlebih dahulu dan macam-macam lagi. Setiap cara mempunyai keenakan dalam masakan masing-masing.

 

RESEPI AYAM MASAK SOS TIRAM

Yang nak tahu cara penyediaan ayam masak sos tiram versi Cik Puan No Or, boleh follow cara dan langkah memasak dibawah ini.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 1/4 Ekor ayam – potong kecil
  • 2 sdb Sos tiram
  • 3 sdb Minyak bijan (kalau tak ada guna minyak masak sahaja)
  • 1/2 inci Halia – tumbuk
  • 2 ulas Bawang putih – tumbuk
  • 3 ulas Bawang merah – tumbuk
  • Serbuk kunyit
  • Garam
  • 1 ulas Bawang besar – potong bulat
  • 1 biji Cili hijau – hiris (Kalau suka makan pedas, gantikan cili hijau dengan cili api)

CARA PENYEDIAAN AYAM MASAK SOS TIRAM :

▶️ Masukkan ayam, minyak bijan, bahan tumbuk dan sos tiram dalam bekas.

▶️ Gaul dan perap selama 30 – 40 minit. Boleh masukkan sedikit kunyit dan garam.

▶️ Panaskan kuali, masukkan sedikit air.

▶️ Masukkan ayam yang diperap tadi.

▶️ Gaul rata, dan tutup masakan sekejap. (Boleh tambah minyak masak, kalau nampak kering)

▶️ Bila ayam dah hampir masak, masukkan bawang besar dan cili hijau.

▶️ Gaul rata sehingga ayam masak sempurna. Tutup api.

 

BACA JUGA: Resepi Puding roti butterscotch yang mudah dan sedap. Jom buat hidangan berbuka puasa!

 

Siap untuk dihidang! Ingat, untuk resepi ini ayam perlu diperap terlebih dahulu dengan sos tiram dan rempah. Hidangan ini sedap di makan bersama nasi putih yang panas. Boleh bertambah nasi dibuatnya.

Yang suka dengan resepi ini, tapi lebih gemar dengan rasa pedas, anda boleh menukar hirisan cili hijau kepada cili padi. Resepi ini boleh diubah suai mengikut cita rasa masing-masing.

Mudahkan cara penyediaannya. Semoga resepi ayam masak sos tiram ini bermanfaat kepada kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open