Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Buat Ayam Masak Paprik Ala Thai. Resepi Dapur Sendiri Pun Dah Macam Kedai!

Paprik ayam marvelous
0 1,832

Hari-hari masak mesti ada masakan ayam. Sampai dah pening nak buat ayam masak apa lagi dah untuk hidangan buat keluarga. Jadi, kita buat je lah ayam masak paprik ala thai ni. Confirm habis licn makan hingga mnejilat jari.

Kalau tidak dimasak lauk ayam nanti, ada pulak yang tak nak makan. Sedangkan yang lain juga dah naik jemu juga hari-hari ayam. Jadi kenalah ada beberapa jenis lauk supaya semua makan dengan bahagia.

Ayam masak paprik antara masakan simple yang wajib korang buat. Selalu nak makan masakan ni kan makan dekat kedai Thai. Jadi hidangan sampingan ketika makan dengan tomyam Thai yang padu dan marvellous.

Tapi nak buat ayam masak paprik ni kena lah ada semua bahan baru menjadi. Dan bahan paling wajib dalam masakan paprik adalah daun limau purut. Bau dia sampai ke rumah jiran boleh bau tau!

Resepi yang dikongsikan oleh Cik Puan Hana A Razak ni antara resepi yang senang nak follow. Cuma satu yang saya ingatkan masakan sebegini tiada sukatan yang tetap. Seandainya kita suka banyak sayur, maka lebihkan kuantitinya.

 

RESEPI AYAM MASAK PAPRIK ALA THAI

Masakan paprik yang paling original mestilah daripada orang Thai kan. Namun, menurut Cik Puan Hana ini adalah versi dan style yang biasa dibuat olehnya. Alhamdulillah bagusnya kalau buat paprik ayam ni semua protein ada dalam satu hidangan.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • Isi ayam ( boleh campur tulangs ikit)
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 biji bawang merah
  • ½ sudu halia kisar
  • 2 sudu cili kisar
  • 1 susu asam jawa ( larutkan dengan air)
  • Lobak merah
  • Baby jagung
  • Kacang Panjang
  • Brokoli
  • Bunga kobis
  • Tomato
  • Cili merah
  • Cili padi
  • Daun limau purut
  • 1 sudu Sos cili
  • Garam
  • Gula
  • Serbuk perasa

 

CARA PENYEDIAAN AYAM MASAK PAPRIK :

▶ Mula-mula sekali, panaskan sedikit minyak. Kemudian, tumis bawang merah dan bawang putih yang telah dihiris nipis.

▶ Seterusnya, masukkan halia kisar. Kalau nak hiris nipis pun boleh. Terpulang kepada kita. Kalau dah ada pes halia ( kisar banyak-banyak dan simpankan dalam peti ). Tumis sampai naik bau.

▶ Bila bahan tumis naik bau, masukkan cili kisar. Anggaran dalam 2 sudu besar sudah memadai. Jika nak pedas boleh extrakan lagi cili kisar ni.  Tumis sampai pecah minyak.

▶ Bila dah pecah minyak, masukkan air asam jawa dan kacau sebati.

▶ Seterusnya, masukkan sos cili. Kacau biar bahan masak sekata. Bahan sos cili ni optional. Jika tiada pun tidak menjadi masalah.

▶ Minyak dah pecah, bahan dah sebati, masukkan ayam. Ayam ni potong kecil-kecil supaya mudah kita nak makan.

▶ Biarkan ayam seketika untuk bagi air ayam keluar. Nanti ayam akan masak sempurna. Bila ayam dah masak, tuang air ikut kuah kita nak banyak mana.

▶ Jangan terlalu banyak dan jangan pula terlalu sedikit. Sedang-sedang sahaja supaya lauk paprik kita sedikit berkuah.

▶ Hiris lobak merah, baby jagung serta bahan sayuran lain. Masukkan dalam kuali. Pastikan masuk bahan sayur yang keras dulu seperti lobak dan baby jagung

▶ Dah lembut sikit baru masukkan bunga kobis. Kacau sampai sebati.

▶ Kemudian, masukkan daun limau purut. Biarkan dalam kuah sehingga kuah betul-betul menggelegak. Jangan lupa buang urat tengah daun tu ye. Risau pahit paprik kita nanti.

▶ Perasakan dengan sedikit garam, gula dan serbuk perasa jika ada.

▶ Akhir sekali, masukkan sayur kacang Panjang dan brokoli. Gaulkan sekejap sebab tak nak terlalu layu. Terus masukkan hirisan tomato dan hirisan cili merah.

▶ Gaul sekata dan boleh terus tutup api.

▶ Siap dan sedia untuk dihidangkan bersama nasi panas.

 

BACA JUGA: Cara Buat Apam Balik Gebu Dan Lembut Walaupun Sudah Sejuk. Buat Sendiri Baru Puas Hati Nak Makan!

 

Waah! Mudah sangat je nak buat masakan ayam masak paprika ni sebenarnya. Bagi yang mana baru nak belajar memasak, boleh save dulu perkongsian ini supaya boleh kita buat di kemudian hari. Kalau ikut je satu persatu pasti akan berjaya hasilkan ayam masak paprika yang awesome!

Kalau sebelum ni nak makan masakan Thai pergi kedai je. Kali ni, kita hidangkan masakan Thai ni sebijik rasa macam kedai. Bila dah tahu cara nak buat, lepas ni boleh buat lagi dan lagi.

Saya harap perkongsian cara buat ayam masak paprik ni dapat beri manfaat kepada korang semua. Jangan lupa ye, kongsikan dekat wall masing-masing supaya lebih ramai boleh dapat manfaat yang sama. Saya ucapkan selamat mencuba!

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open