Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Jagung Cawan Lemak Manis Ala Pasar Malam. Tak Perlu Kukus Pun, Mudah Je Kan!

0 124

Nah, resepi jagung cawan lemak manis ala pasar malam untuk korang yang suka makam jagung cup. Buat sendiri lagi puas hati. Yang syoknya, jagung ni tak perlu kukus ye. Masak guna kuali je. Senang weh!

Kalau nak buat jagung ni korang boleh guna jagung sweet corn daily fresh tu. Rasa segar berbiji dan tak kering. Masak ikut resepi ni je nanti. Confirm rasa dia lagi sedap dari korang beli kat luar. Tak rugi!

Sebelum ni aku selalu je beli jagung cup kat luar. Kekadang dapat yang sedap. Kadang dapat jugak yang tak sedap. Jagung cawan versi ni siap boleh letak cheddar cheese kat atasnya. Memang sedap sangat tau.

Beli kat luar boleh tahan mahal jugak harganya. Makan tak puas pulak tu. Kalau buat sendiri dah tentu korang boleh makan jagung cawan yang lebih sedap dalam kuantiti yang banyak. Jangan muak je dah la.

Resepi jagung cawan lemak manis ala pasar malam ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Aisyah Humaira. Viral tau resepi ni. Sampai hari ni, resepi ni dah dapat 4k share kat Facebook.

RESEPI JAGUNG CAWAN LEMAK MANIS ALA PASAR MALAM 

Korang memang kena try resepi ni kat rumah. Anak-anak pun confirm suka. Jom tengok satu persatu bahan-bahan yang digunakan dalam penyediaan jagung cawan ni. Step penyediaannya seperti dibawah.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah : 
  • 1 Paket jagung frozen jenama Dailly fresh
  • 1 tin krimer pekat manis SAJI
  • 3 sudu besar marjerin (lebihkan lagi sedap)
  • Sedikit air dan garam secukup rasa
  • Cheddar cheese

CARA PENYEDIAAN JAGUNG CAWAN LEMAK MANIS ALA PASAR MALAM : 

▶️ Masukkan jagung dalam kuali dan masuk sedikit air sukatan anggaran setengah dari jagung.

▶️ Tutup kuali dan biarkan hingga jagung empuk/masak. Jika air kering boleh tambah lagi airnya.

▶️ Akhir sekali, masuk susu pekat, sukatan mengikut manis yang disukai.

▶️ Perasakan pulak dengan garam dan marjerin secukup rasa.

▶️ Suka cheese boleh parut cheddar cheese atasnya.

▶️ Siap untuk dihidang!

 

BACA JUGA : Resepi Ikan Kerapu Celup Tepung Masak 10 Rasa. Kuah Dia Memang Sedap Sangat Weh!

 

Fuh tak sabar nak makan! Tak susah pun buat jagung cawan versi ni. Tak perlu nak guna kukus bagai. Masak dalam kuali pun dah dapat rasa yang lebih sedap dari jagung cawan yang biasa kita beli kat luar. Rugi sangat tak cuba.

Guna jagung sweet corn daily fresh tu je kalau korang nak buat jagung cawan homemade macam ni. Rasa dia sangat sedap. Kalau ramai-ramai nak makan jagung cawan, aku rekomen sangat masak guna cara ni. Lagi mudah!

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Aisyah Humaira kerana sudi berkongsi resepi jagung cawan lemak manis ala pasar malam ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open