Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Asam Pedas Ikan Kembung Paling Sedap. Confirm Bertambah-Tambah Nasi Dibuatnya!

0 248

Dah lama tak pegi Melaka makan asam pedas. Nak try buat sendiri kat rumah je malam ni. Tapi guna ikan kembung je. Dah jumpa resepi dia kat Facebook. Ni ha, resepi asam pedas ikan kembung. Yang teringin, boleh la masak malam ni.

Ingat pulak zaman belajar dan kerja kat Melaka dulu. Bila ada duit sikit, makan la kita orang kat luar. Antara lauk yang famous kat sana semestinya Asam pedas. Lagi-lagi asam pedas ikan pari. Fuh! Memang sedap tak terkata.

Nak pegi Melaka tu takde masa pulak. So, untuk lepas craving aku pun masak la kat rumah. Actually, masak asam pedas ni tak kisah pun nak guna ikan apa. Yang penting kuah asam pedas yang korang masak tu padu. Baru syok nak makan.

Kuah asam pedas ni boleh di masak cair dan pekat ikut citarasa masing-masing. Jangan lupa pes asam pedas kalau nak mudah masak lauk ni. Guna brand Adabi je. Step memasak semua dah ada kat bawah. Tinggal korang follow je.

Resepi asam pedas ikan kembung ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Ain. Beli ikan yang fresh sikit baru syok nak makan nanti. Makan lauk ni dengan nasi putih panas-panas, confirm terangkat!

RESEPI ASAM PEDAS IKAN

Nah, kat bawah ni dah lengkap dengan resepi asam pedas ikan kembung. Nak ganti dengan ikan merah, ikan pari pun boleh. Jom tengok bahan-bahan dan step mumasak kat bawah ni. Confirm korang puas hati masak lauk ni sendiri kat rumah!

Bahan-bahan yang diperlukan adalah : 
  • Ikan kembung
  • Kacang bendi
  • Bunga kantan
  • Daun kesum
  • Tomato

 

Bahan kisar :  
  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Belacan (sikit) tak letak
  • Halia
  • Lengkuas
  • Kunyit hidup
  • Serai
  • Tambahan pes asam pedas Adabi sepeket (optional)
  • Cili blend (buat sendiri atau yang siap) – lebih pun ok sebab pedas dia akan terkawal. Itu yg power tu!
  • Air asam jawa/ pes asam jawa
  • Garam

CARA PENYEDIAA ASAM PEDAS IKAN : 

▶️ Panaskan minyak dan tumis bahan blend.

▶️ Kemudian, masukkan cili blend.

▶️ Kacau hingga tumisan pecah minyak (garing) maksudnya cili dah masak dan tak mentah.

▶️ Masukkan air asam jawa/ pes asam jawa ikut kepekatan yang disukai.

▶️ Bila dah didih, boleh masukkan ikan.

▶️ Lepas tu boleh masukkan, daun kesum atau bunga kantan. Masuk sekalu sayur bendi. Boleh masuk tomato jugak kalau suka.

▶️ Letak garam secukup rasa, lepas tu tutup api. Kalau rasa pekat, masukkan air lagi sikit ikut kecairan yang dikehendaki.

▶️ Siap untuk dihidang!

 

BACA JUGA : Resepi Pengat Pisang Simple Dan Semestinya Sedap. Sampai Licin Pinggan Dibuatnya!

 

Dah siap pun asam pedas ikan kembung kita ni. Dah tak perlu nak masak sayur bagai sebab dalam hidangan ni dah ada sayur bendi sekali. Korang nak campur terung pun boleh. Jangan lupa letak tomato, baru la masam manis dia naik.

Jimat masa jugak masak lauk ni kan. Belum makan lagi, dah kecur liur tengok asam pedas ni. Lepas jugak craving aku. Asam pedas ni kalau di panaskan lagi sedap. Kalau semalam tak habis, boleh panaskan balik asam pedas ni.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Ain kerana sudi berkongsi resepi asam pedas ikan kembung yang mudah dan sedap ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open